Catatan

Pokok Semambu /Pokok Neem

Imej
Salam.  Mari saksikan video mengenai Kegunaan Pokok Semambu / Pokok Neem. Pokok Neem ini ditanam sendiri di Anjel Farm Garden. Kebiasaannya seminggu sekali saya akan didihkan daun neem ini sebagai mandian herba dengan campurkan sekali bersama daun herba yang lain.  Tujuannya adalah untuk melegakan masalah kulit seperti gatal-gatal, ruam dan demam campak kerana sifatnya yang antibakteria dan antiradang semula jadinya membantu menyejukkan badan. Semoga video ini dapat memberi manfaat kepada kita semua terutamanya mereka yang baru mengenali tumbuhan herba ini.

Video Kacang Panjang Renek

Imej
Ramai yang tanya macam mana nak tanam Kacang Panjang Renek? Senang je hanya tanam dalam polibeg sudah cukup. Tidak perlu kawasan yang besar. Cuma kalau boleh letakkan polibeg tersebut tinggi sedikit kerana apabila kacang panjang tersebut sudah membesar, ia tak akan jatuh ke tanah. Lihat video di bawah.

Selamat Hari Pekerja 2026

Imej
Angel Farm&Garden ingin mengucapkan Selamat  Menyambut Hari Pekerja 2026 pada semua yang kuat berusaha dan bekerja.  

Sayur Bunga Pagoda Cauliflower

Imej
🌈🌈❤❤ Adakah anda mengenali Sayur Bunga Pagoda? Saya pasti ramai diantara kita tidak pernah menjumpai Sayur pagoda ini bahkan tidak tahupun kewujudan sayur ini. Begitu juga saya kerana hari ini adalah pertama kali saya mengenali dan membeli sayur Pagoda Cauliflower di supermarket. Bentuknya yang unik seperti menara spiral berlapis-lapis seperti pagoda, dengan corak geometri semua jadi menjadi tarikan dan nampu menawan hati kita untuk membeli bagi merasa sayur tersebut walaupun  harga nya mahal iaitu RM12.00 sekilo. Menurut makcik yang saya jumpa di supermarket hari ini, Sayur Pagoda ini boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti:  Tumis Bawang Putih Masak Lemak Goreng Rangup Masakan suo Stir Fry Cina Style. Di bawah ditunjukkan rupa bentuk Sayur pagoda tersebut.  Kepada mereka yang baru tahu sayur ini bolehlah mencuba. ❤❤🅟🅐🅖🅞🅓🅐