JOM KENALI JENIS SAWI DAN KEGUNAANNYA
Sayur sawi sering digunakan dalam pelbagai masakan seperti tumisan, sup, dan meehoon. Tetapi kadang kala kita keliru untuk memilih mana satu sayur sawi yang sesuai dan sepadan dengan menu masakan tersebut. Untuk mereka yang baru mengenal sayur sawi, di bawah disertakan jenis dan kegunaaan sayur sawi tersebut. Sayur Sawi terbahagi kepada 5 jenis iaitu Sawi Hijau, Sawi Jepun ( Pak Choy ), Sawi Putih, Sawi Bunga dan Sawi Pahit ( Kai Choy ) Setiap jenis Sawi ini pula mempunyai kegunaannya iaitu: Sawi Putih: Sawi putih boleh digunakan dalam pelbagai masakan terutamanya masakan tumis dan masak lemak dan juga sebagai bahan utama dalam kimchi. Ia sesuai untuk hidangan ringkas seperti sawi putih tumis bawang putih atau tumis kicap, mahupun hidangan yang lebih kompleks seperti masakan korea. Sawi Hijau: Sawi Hujau boleh digunakan dalam pelbagai masakan seperti ditumis bersama bawang putih dan cili, ditambah ke dalam mee, bihun atau kuew tiaw serta boleh juga dicampurkan dalam hidangan sayu...