Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel buah

Petik buah Nanas @AnjelFarmGarden

Imej
Syukur, permulaan tahun 2026, 1 biji buah nanas MD2 di Anjel Farm Garden yang ditanam dalam pasu selama 14 bulan telahpun matang dan kini boleh dipetik. Rasanya manis dan sedap bila dimakan. Sebenarnya buah nanas ini adalah mudah untuk ditanam. Kita hanya perlu menggunakan jambul (mahkota) atau sulur nanas sahaja. Kemudian bersihkan jambul tersebut dan biarkan kering di tempat teduh selama 2-3 hari. Untuk ditanam ke dalam tanah pula, pastikan jambul tersebut ditanam sedalam 3 inci ke dalam tanah (atau pasu) dan padatkan tanah di sekelilingnya. Dari segi penjagaan buah nanas ini sangat mudah kerana ia sukar dijangkit penyakit, siraman kebiasannya saya lakukan sekurang-kurangya 3 kali seminggu dan pembajaan menggunakan baja NPK (15:15:15) mengikut sukatan. Kalau anda tahu, buah nanas ini mempunyai banyak khasiat iaitu: Meningkatkan Imunisi badan kerana mengandungi Vitamin C dan antioksidan yang tinggi.  Mengatasi dan Mencegah Sembelit Meringankan Radang Usus Meningkatkan Kesihatan Tu...

Buah Limau Kasturi

Imej
Selamat bertemu kembali. Syukur, hari ini dapat memetik buah Limau Kasturi di AnjelFarmGarden. Walau hanya 1 pokok yang ditanam namum dapat membuahkan hasil yang banyak. Kebetulan pula sekarang musim batuk dan selesema, sekurang-kurangnya jus buah limau kasturi ini dapat membantu untuk tingkatkan sistem inum badan kita.  Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai Limau Kasturi. Limau Kasturi atau dikenali sebagai "calamasi" merupakan tumbuhan yang berasal dari Filipina  dan telah tersebar ke Asia Tenggara terutamanya Malaysia. Pokoknya bersaiz rendah, buahnya bersaiz kecil, berwarna hijau kekuningan dan mempunyai rasa yang masam manis dan aroma yang menyegarkan. Kebiasaannya limau kasturi digunakan dalam masakan dan minuman ais yang popular seperti jus limau asam boi ais. Kalau anda nak tahu, Limau kasturi mengandungi Vitamin C yang tinggi selain daripada buah jambu batu dan buah oren. Bukan itu sahaja, Buah limau kasturi mempunyai antioksidan padu lain sep...

Video F1 Hibrid Cili Padi Thai @Anjel Farm

Imej

Pokok Lemon di Kebun

Imej
Salam, Beberapa hari ini saya asyik sibuk dengan hal-hal lain di luar sahaja. Meninjau kat kebun pun sekejap. Itupun sebap siram baja untuk pokok cili. Biasalah kan kalau kita tanam dalam dalam polibeg ni, memang hari-hari kita kena siram air. Kecualilah hujan turun dengan lebat sekali so tak payahlah nak siram sangat.   Memandangkan hari ini saya dah free. So, hari ini aktiviti yang saya buat kt kebun ialah memetik buah Lemon. Saya ada satu (1) Pokok Buah Lemon. Tetapi walaupun sepokok sahaja pokok ini tetap membuahkan hasil yang banyak. Buahnya pula besar dan mempunyai air yang banyak kalau diperah. Diminum pun memang sedap lebih-lebih lagi dicampur dengan madu. Boleh dikatakan subur dan sihatlah pokok lemon ini.  Bercerita mengenai Pokok Lemon ini, semestinya semua orang tahu kebaikan/ khasiat meminum air lemon ini. Salah satu khasiat yang semua orang tahu ialah ia boleh menurunkan berat badan/ melangsingkan badan sekiranya kita meminum air lemon di pagi h...