Maksud di sebalik Warna Bunga Mawar
Tahukah anda Bunga Mawar terdiri daripada pelbagai warna dan setiapnya mempunyai maksud yang berlainan. Tidak hairanlah apabila seseorang (terutamanya wanita) menerima bunga mawar daripada si pemberi (lelaki) ianya memberikan maksud dan makna yang tersirat. Di kebun mini saya terdapat beberapa warna pokok bunga mawar yang ditanam iaitu Merah, Kuning, Oren, Merah Jambu, Putih. Oleh itu, di sini ingin saya kongsikan serba sedikit makna di sebalik warna bunga mawar. Selamat membaca! 1) Bunga Mawar Merah Keindahan Bunga mawar merah sudah pastinya menjadi pilihan semua terutamanya bagi golongan muda mudi yang hangat bercinta. Bunga mawar merah ini adalah sebagai lambang rasa cinta, rasa hormat, kasih dan sayang, romantik dan juga sebagai tanda memberi pujian kepada seseorang yang dicintai. Apapun bunga mawar merah ini semestinya memberi makna dan erti yang begitu mendalam dalam diri seseorang. 2) Bunga Mawar Merah Jambu Bunga Merah Jambu pula memberikan maksud...