Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel herba

Khasiat Daun Moringa Yang anda tidak tahu!

Imej
Jom kenali Pokok Moringa. Pokok ini saya tanam di AnjelFarmGarden kerana ia mempunyai banyak khasiatnya pada kesihatan kita. Anak-Anak pun suka makan daun ini lebih-lebih lagi bila dicampur dengan kari ikan atau samar. Daun Moringa (kelor) kaya dengan nutrien seperti vitamin A, C, dan mineral yang membantu mencegah malnutrisi, meningkatkan imuniti, dan mengawal paras gula darah serta kolesterol. Ia juga dikenali sebagai "Pokok Ajaib" kerana sifatnya yang antioksidan, anti radang dan keupayaannya menyokong kesihatan jantung serta otak. Lihat video di bawah.

Pokok Semambu /Pokok Neem

Imej
Salam.  Mari saksikan video mengenai Kegunaan Pokok Semambu / Pokok Neem. Pokok Neem ini ditanam sendiri di Anjel Farm Garden. Kebiasaannya seminggu sekali saya akan didihkan daun neem ini sebagai mandian herba dengan campurkan sekali bersama daun herba yang lain.  Tujuannya adalah untuk melegakan masalah kulit seperti gatal-gatal, ruam dan demam campak kerana sifatnya yang antibakteria dan antiradang semula jadinya membantu menyejukkan badan. Semoga video ini dapat memberi manfaat kepada kita semua terutamanya mereka yang baru mengenali tumbuhan herba ini.

Ramai yang tidak tahu khasiat Bawang Dayak.

Imej
Pernahkan anda mendengar sejenis herba yang dinamakan Bawang Dayak? Saya pasti ramai diantara kita tidak mengenali herba tersebut dan juga tidak pernah melihat bagaimana rupa sebenar Bawang Dayak. Di sini ingin saya kongsikan mengenai apa itu bawang dayak, khasiatnya kepada kita dan juga pantangnya. Selepas mengetahui tentang herba ini, saya pasti anda akan suka dan ingin mencubanya.   Bawang Dayak atau nama saintifiknya ialah Eleutherine palmifolia  atau dikenali juga sebagai Bawang Sabrang atau Bawang Berlian adalah sejenis herba tradisional yang banyak ditemui di wilayah kalimantan, Sarawak dan Sabah. Bawang dayak ini mudah tumbuh dan senang dijaga kerana mudah membiak. Ia berbentuk ubi seperti bawang kecil dan berwarna merah keungguan serta mempunyai bunga berwarna putih. Selain itu daunnya pula berwarna hijau panjang dan tumbuh berumpun. Bawang Dayak kaya dengan  flavonoid, alkaloid, fenol, saponin, tannin, serta antioksidan semulajadi. Manfaat Bawang Dayak: 1. Kes...