Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2026

Ubat Penawar Batuk

Imej
Pokok Herba Bangun-Bangun. Kebiasannya apabila kita mengalami batuk-batuk, kita pasti akan pergi ke klinik kesihatan atau farmasi yang berdekatan untuk mendapatkan ubat.  Tahukah anda zaman dahulu nenek moyang kita hanya menggunakan herba tradisional untuk merawat atau melegakan batuk iaitu dengan menggunakan pokok herba bangun-bangun. Pokok herba bangun-bangun ini terkenal dengan nama pokok ubat batuk kerana mempunyai banyak khasiat seperti: Merawat sakit kepala Meredakan Usler Merawat batuk, asma dan selesema Membantu ibu menyusu memperbanyak susu badan Melancarkan saluran pernafasan Melancarkan pembuangan air kecil Cara pengunaan pokok bangun-bangun untuk kesihatan dan masakan ialah dengan merebus daunnya untuk minum air, meramas untuk letak di dahi, atau makan segar sebagai ulam.  Saya selalu menggunakan pokok herba ini dengan merebus daunnya untuk dapatkan airnya dan dicampur dengan sedikit madu. Hasilnya memang sangat berkesan.  Di bawah adalah gambar dan video...

Petik Buah Mangga Ajaib dan Jambu Batu

Imej
Salam, Hari ini jalan-jalan di kawasan kebun untuk menjenguk sekejap pokok buah mangga Taiwan dan juga buah jambu batu. Manalah tahu kan satu buah mangga ajaib itu sudah boleh dipetik.  Saya gelarkan buah manga ajaib kerana dulu pokok mangga ini sudah berbunga tetapi semua bunga gugur. jadi rasa kecewa jugalah kerana hampir 3 tahun tak berbuah, bunganya asyik gugur sahaja. Dipendekkan cerita selepas semua bunga gugur saya tak ada lagilah jenguk 1 pohon pokok mangga ni.  Jadi, suatu hari(lebih kurang 1 bulan selepas bunga gugur) hati saya tergerak untuk jalan-jalan sekitar kebun sambil melihat-lihat pokok mangga tersebut tiba-tiba mata saya saja ternampak 1 biji buah mangga pada pokok tersebut dan buah itu pun besar lebih kurang macam buah mangga Chokanan. Rupa-rupanya buah tersebut terlindung dari daun-daun pokok dan berada di atas sekali.  Saya apa lagi happylah. Syukur atleast ada satu yang berbuah selepas 3 tahun menunggu. 

Khas untuk mereka yang minat nak tanam Sayur Pak Choy

Imej
Salam, Di sini saya ingin kongsikan macam mana cara saya menanam sayur Pak Choy dan cara penjagaannya supaya pokok sentiasa berada dalam keadaan sihat dan subur.  Sebenarnya untuk menanam sayur-sayuran ini bukannya susah sangat. Apa yang penting kita kena tahu jenis-jenis tanah yang sesuai untuk digunakan dari mula penyemaian benih hinggalah sayur boleh dipetik.  Di bawah saya ringkaskan cara-cara penyemaian dan penjagaan sayur Pak Choy yang telah saya semai selama sebulan yang lepas. Benih sayur ini saya beli jenama keluaran Trio. Bagi mereka yang baru ingin tanam sayur ini bolehlah maklumat ini menjadi rujukan.  Penyemaian - Semai biji benih menggunakan media seperti peat moss . Benih biasanya mula bercambah dalam masa 3-5 hari. Pengalihan - Apabila anak pokok sudah mengeluarkan 4 hingga 5 helai daun (sekitar hari ke-20) , alihkan ia ke dalam pasu sebenar atau batas pada waktu lewat petang agar pokok tidak terkejut dengan cuaca panas. Saya tanam dalam batas sebap sen...