Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kebunbunga

Red Mini Rose FOR SALE!!

Imej
Salam, kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Red Mini Rose ini boleh tekan link di bawah. Stok adalah terhad.Terima Kasih. 👇👇 Red Mini Rose FOR SALE @AnjelFarmGarden  

Mini Rose Flowers

Imej
Enjoy watching this video 👇

Mini Rose

Imej
 

Short Video for Red Rose Flower

Imej
🌈🌹🌹 Video pendek Pokok Bunga Rose @ Anjel Farm & Garden  💝

Maksud di sebalik Bunga Mawar Merah Jambu

Imej
Salam, Saya pasti bunga Rose merupakan antara bunga yang paling digemari di seluruh dunia dan sering dijadikan tanda cinta, kasih sayang dan persahabatan yang erat. Sama juga seperti saya yang amat menggemari bunga rose terutamanya rose berwarna merah jambu dan rose merah. Bunga Rose mempunyai pelbagai warna dan juga jenis. Ada yang berwarna merah, oren, unggu, kuning dan jenisnya pula ada yang kecil (mini) dan juga jenis yang besar. Di AnjelFaemGarden terdiri bunga rose yang bersaiz kecil dan besar seperti Rose Jepun. Mini Rose Merah dan juga Rose besar. Hari ini ingin saya kongsikan sedikit maksud mengenai bunga mawar merah Jambu (Rose Pink) yang ditanam di AnjelFarmGarden.  Bunga mawar merah jambu ini membawa maksud kekaguman, kebahagian, kelembutan, rasa cinta, persahabatan, kelegaan dan kebebasan dan sesuai khasnya untuk golongan muda.  Gambar di bawah adalah Bunga Mawar merah jambu yang ada di AnjelFarmGarden.

Jenis-jenis bunga Rose di Anjel Garden

Imej
Salam. Atas permintaan ramai, Saya akan tunjukkan Jenis-jenis bunga Rose yang ada di Anjel Farm & Garden. Selamat menonton. " When Life throws thorns; hunt for ROSES."

Maksud di sebalik Warna Bunga Mawar

Imej
Tahukah anda Bunga Mawar terdiri daripada pelbagai warna dan setiapnya mempunyai maksud yang berlainan. Tidak hairanlah apabila seseorang (terutamanya wanita) menerima bunga mawar daripada si pemberi (lelaki) ianya memberikan maksud dan makna yang tersirat. Di kebun mini saya terdapat beberapa warna pokok bunga mawar yang ditanam iaitu Merah, Kuning, Oren, Merah Jambu, Putih.  Oleh itu, di sini ingin saya kongsikan serba sedikit makna di sebalik warna bunga mawar. Selamat membaca! 1) Bunga Mawar Merah   Keindahan Bunga mawar merah sudah pastinya menjadi pilihan semua terutamanya bagi golongan muda mudi yang hangat bercinta.  Bunga mawar merah ini adalah sebagai lambang rasa cinta, rasa hormat, kasih dan sayang, romantik dan juga sebagai tanda memberi pujian kepada seseorang yang dicintai. Apapun bunga mawar merah ini semestinya memberi makna dan erti yang begitu mendalam dalam diri seseorang.    2) Bunga Mawar Merah Jambu Bunga Merah Jambu pula memberikan maksud...

Khasiat bunga mawar yang kita tidak tahu!

Imej
Salam, Hari ini pepagi lagi saya terhidu bau yang harum dan wangi dari kebun bunga Anjel Farm. Di fikiran saya sudah pastinya bau wangi ini datangnya dari Pokok bunga Rose.  Sangkaan saya memang betul sekali. Terdapat banyak kuntum bunga yang sudah mekar. Saya apalagi mulalah memetik semua kuntum bunga yg mekar tadi. Tujuannya dipetik adalah untuk di keringkan, kerana bunga rose ini mempunyai banyak manfaat/ khasiat kepada kita jika direndam dan diminum airnya.  Oleh sebab itulah saya sayang dan sangat suka sangat bunga rose ini walaupun mempunyai banyak duri pada batang pokok ini. Kalau anda nak tahu berikut adalah khasiat bunga rose: Mencium bau bunga rose dapat membuatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa.  Menenangkan ketegangan saraf dan emosi. Merawat jangkitan pada mata. Menghilangkan sakit kepala dan pening. Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen. Sebagai awet muda.  Merawat cirit-birit Sebagai antiseptik dan merawat k...

Kebun Bunga cantik 2020

Imej
Salam, Di pagi yang indah ini, hati berasa ceria bila melihat kebun bunga yang telah saya ubah semalam  nampak cantik dan sedap mata memandang. Terima kasih kepada en.suami kerana membantu menjayakan projek Kebun Bunga ini. Kebun Bunga bertambah seri bila bunga Mawar mekar dan hidup dengan subur sekali. Di bawah inilah kebun bunga saya yang terkini. Untuk mengelakkan Tanah ditumbuhi rumput, saya bentangkan Silver Shine plastic sebagai lantai atau asas diatas tanah. Ini untuk mengelakkan serangan serangga perosak dan juga penyakit. Bukan itu sahaja, ia memudahkan kita untuk menjaga kebun suo sya sentiasa berapa dalam keadaan sihat dan bersih.

Pokok Bunga Mawar Switzealand

Imej
Salam, Hari ini bangun pagi terus teringatkan Pokok Bunga Mawar Switzealand yang telah menunjukkan tanda-tanda berbunga semalam. So, apalagi cepat-cepat saya pergi ke kebun dan akhirnya warna PINK muncul di depan mata....Yang satu lagi tu macam Warna MERAH akan berbunga.  Apalagi hati ini berbunga riang seperti bunga mawar itu juga. Memang Pokok bunga mawar Switzealand ini cantik. Bunganya tebal dan bila dihidu baunya harum sekali. Ada bakat juga kan saya tanam pokok bunga Mawar Switzealand ini. Haraplah lepas ini banyak lagi bunga baru akan tumbuh dan juga harap saya dapat jaga Pokok Bunga Mawar ini sebaik-baiknya. Bukan senang nak cari pokok ini. Kalau yang ada dijual pun lain-lain jenis. Tambah lagi mahal pula tu. Artikel Berkaitan Anak Pokok Bunga Mawar Switzealand 

Anak Pokok Bunga Mawar Switzealand

Imej
Salam, Hari ini hampir 4 bulan Pokok Bunga mawar Switzealand tumbuh dengan subur dan sihatnya. Seperti yang saya telah maklumkan dahulu, ada 23 batang yang saya tanam, tetapi hanya 4 batang pokok sahaja yang hidup dengan jayanya. Tak sabar pula rasanya untuk melihat pokok bunga ini berbunga.  Kalau dilihat pada gambar di bawah pokok Mawar ini cantikkan. Daunnya pula besar-besar.  Dalam fikiran ini warna apakah yang akan dihasilkan nanti? adakah warna Merah ke, Pink ke atau Kuning. Tak apalah dalam beberapa bulan kita akan tahu juga. Sabar ya wahai hati.   Pautan Berkaitan Batang Pokok Bunga Mawar Switzealand