Khamis, 11 Disember 2025

Mari kenali jenis-jenis Bawang

Bercakap mengenai bawang, ramai diantara kita pasti merasa keliru untuk memilih jenis bawang yang sesuai dalam menu masakan. Tambahan lagi, di pasaraya kini terdapat pelbagai jenis bawang yang dijual dan semestinya kita terfikir apakah kegunaan bawang tersebut. 

Memandangkan bawang adalah satu bahan masakan yang paling utama dalam memberi kesedapan dan aroma sesuatu hidangan, sekurang-kurangnya kita perlu tahu apakah perbezaan setiap jenis bawang dan kegunaannya dalam masakan.

Berikut adalah jenis-jenis bawang dan kegunaannya dalam masakan:


(1) Bawang Manis (Sweet Onion) (2) Bawang Merah Besar (Red Onion)
  • Bawang manis ini lembut dan manis.
  • sesuai untuk masakan bergoreng seperti ‘onion rings’ atau dibakar bersama sayuran.
  • Sesuai juga direbus atau untuk tumisan.
  • Tidak tahan lama dan perlu digunakan dengan kadar segera.
  • Bawang merah berkulit cerah berwarna ungu kemerahan
  • Banyak digunakan untuk tumisan, rebus dan sup dan masakan kari
  • sedap jika dimakan mentah, bersama sate, salad atau pun burger
  • mempunyai rasa yang pedas, berangin
  • sering dijadikan jeruk bawang



(3) Bawang Kuning atau Holland (4) Bawang Besar Putih (White Onions)
  • Berbentuk bulat, kulitnya nipis berwarna perang.
  • Dikenali sebagai bawang yang serba boleh
  • Rasanya lemak manis dan sedikit pedas
  • Sesuai digunakan pada setiap jenis masakan terutama di Barat untuk membuat sos, sup, rebusan seperti sos pasta dan sup daging.
  • Bawang putih ini lebih rangup dan berair berbanding bawang yang lain.
  • Digunakan dalam masakan bertumis untuk melengkapkan rasa serta sebagai hiasan kemasan dalam masakan.
  • Bawang putih juga digunakan dalam penyediaan sos mentah seperti salsa dan guacamole.



(5) Bawang Merah Kecil (Shallot) (6) Bawang Putih (Garlic)
  • Bawang ini ada berbentuk bulat dan bujur bersaiz kecil.
  • Mempunyai rasa yang manis dan sedikit pedas.
  • Sesuai untuk dibuat sambal belacan, sambal ikan bilis, perap daging/ayam untuk aroma manis dan wangi
  • Dijadikan bawang goreng, menjadi taburan di atas soto, sup dan nasi goreng
  • Bawang berwarna putih kekuningan dan berbentuk lonjong
  • Rasanya pedas dan sangat berangin
  • Baunya juga wangi dan menambah aroma dalam masakan
  • Bawang putih jenis ini sesuai untuk membuat jeruk bawang putih.



(7) Bawang Mutiara (Pearl Onion) (8) Bawang Cippolini (Cippolini Onion)
  • Bawang mutiara ialah bawang yang sangat kecil.
  • Kelihatan sama seperti bawang puith, kuning atau merah cuma saiznya sahaja yang berbeza
  • Bawang ini boleh berwarna putih, kuning, atau merah
  • Bawang mutiara juga boleh direbus dan dimasak seperti yang lain.
  • Bawang Cippolini ini kecil, bahagian atasnya rata dan leper seperti donut.
  • Mempunyai kulit berwarna kuning sama seperti bawang kuning dan bawang manis
  • Rasanya kurang pedas dan manis
  • sesuai untuk “caramelizing” dan menjadi sos yang sedap

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.