Kali pertama tanam Sayur Pokok Asparagus
🏡🏡🌈🌈💌💌 Sepanjang berkebun tidak pernah terlintas di fikiran untuk menanam sayur pokok Asparagus. Apatah lagi sebagai menu makanan seharian. Setahu saya Asparagus ini dijual dengan harga yang mahal dan untuk tanam dari benih pula agak sukar untuk tumbuh. Tambahan pula, pokok Asparagus ini berasal dari negara Eropah dan cara pertumbuhannya pula berbeza dengan negara Asia. Pada bulan september yang lepas tergerak dalam hati ini ingin mencuba untuk menanam Asparagus dari biji benih. Ini kerana, selepas saya terbaca artikel mengenai Sayur Asparagus yang memiliki banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita, saya merasa teruja untuk mempunyai pokok Asparagus sendiri di laman rumah saya. Selain itu juga, Pokok Asparagus juga dapat dijadikan sebagai pokok perhiasan yang menarik kerana ia sangat lembut bila disentuh. Saya membeli biji benih Asparagus Jenama Trio dan disemai di beberapa buah polibeg dengan menggunakan media tanah campuran organik sahaja yang ada dijual di kedai kedai bung...