Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kacangrenek

Video Kacang Panjang Renek

Imej
Ramai yang tanya macam mana nak tanam Kacang Panjang Renek? Senang je hanya tanam dalam polibeg sudah cukup. Tidak perlu kawasan yang besar. Cuma kalau boleh letakkan polibeg tersebut tinggi sedikit kerana apabila kacang panjang tersebut sudah membesar, ia tak akan jatuh ke tanah. Lihat video di bawah.

Kacang Panjang Renek lagi!

Imej
🌈🌈🏡🏡💌💌 Pagi ini cuaca sangat cerah dan menceriakan hari ku di awal pagi. Haraplah cerah sampai ke petang, tetapi nanti pasti akan tiba-tiba hujan. Itulah kehidupan, apa-apa pun boleh terjadi. Apa yang pasti kita kena hadapi apa sahaja rintangan yang mendatang dan tugasan seharian juga perlu dijalankan seperti biasa. "Kena Bersemangat Setiap Masa" 💪💪 Pagi ini saya menjenguk sekejap ke kebun AnjelFarmGarden. Dari semalam lagi ingin meronda-ronda melihat semua sayur yang telah ditanam, tetapi semalam agak sibuk dan cuaca pula yang tidak menginzinkan. Saya masih teringat lagi bulan lepas, saya ada menyemai biji benih Kacang Panjang Renek atas permintaan kawan-kawan untuk dapatkan anak pokok. Syukur 5 anak pokok kacang panjang renek telah dijual dan selebihnya untuk AnjelFarmGarden.  Jadi hari ini saya ingin tunjukkan keadaan Pokok Kacang Renek tersebut. Tada...Lihatlah hasilnya...Selepas sebulan..Semoga dapat memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mencuba tanam pokok ...

BEZA Kacang Panjang Renek dan Kacang Panjang Biasa

Imej
Salam, Rasanya tentu ada diantara kita tidak pernah mengenali Kacang Panjang Renek. Kebiasannya kita hanya mengambarkan atau mengenali Kacang Panjang biasa yang menjalar sahaja. Seperti yang pernah saya alami ketika dahulu, saya hanya mengenali kacang panjang ini apabila saya membeli biji benih yang dijual di MARDI, Serdang.  Setelah saya mencuba beberapa kali menanam sayur ini, ianya memang memberikan hasil yang amat memuaskan. Kacang Panjang Renek Kacang Panjang Biasa Di sini ingin saya kongsikan perbezaan antara kacang panjang renek dengan kacang panjang biasa dari segi pemerhatian saya: Kacang Panjang Renek Pokoknya adalah renek iaitu (setinggi lutut) Bentuk dan saiz buahnya lebih kurang sama dengan kacng panjang yang biasa. Pokok ini lebih cepat matang tetapi jangka hanyatnya agak pendek berbanding pokok kacang biasa. Penanaman kacang panjang ini boleh ditanam di dalam pasu atau polibeg Tidak perlu menggunakan tali untuk menjalar kerana pokok ini hidup secara renek sahaja....

Hasil Kacang Panjang Renek

Imej
Hari ni pepagi lagi saya menjenguk sayur kacang panjang renek di kebun. Hati berbunga riang bila melihat kacang panjang renek hidup subur dan hasilnya boleh dituai. Walaupun hanya 4 polibeg yang ditanam, tetapi hasilnya memang memuaskan. Kalau dibandingkan dengan yang ditanam sebelum ini, ketinggian pokok kali ini adalah lebih tinggi, daunnya pula bersaiz besar, warna kehijauan dan cantik. Hati kita pun merasa puas dengan hasil tanaman titik peluh sendiri. Oleh itu, untuk mendapat hasil tanaman yang subur dan puas hati bukannya mudah. Semuanya memerlukan kesabaran, keyakinan dan semangat untuk mencapai apa yang kita inginkan. Yang penting jangan mudah berputus asa sekiranya kita gagal. Kita perlu berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki kegagalan. Di bawah adalah gambar kacang panjang renek di Anjel Farm Kuching. Pokok kacang panjang renek ini berusia 35 hari. Syukur, ianya memberikan hasil yang banyak. Saya suka makan sayur kacang panjang ini ketika masih muda kerana ...