Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

BEZA Kacang Panjang Renek dan Kacang Panjang Biasa

Imej
Salam, Rasanya tentu ada diantara kita tidak pernah mengenali Kacang Panjang Renek. Kebiasannya kita hanya mengambarkan atau mengenali Kacang Panjang biasa yang menjalar sahaja. Seperti yang pernah saya alami ketika dahulu, saya hanya mengenali kacang panjang ini apabila saya membeli biji benih yang dijual di MARDI, Serdang.  Setelah saya mencuba beberapa kali menanam sayur ini, ianya memang memberikan hasil yang amat memuaskan. Kacang Panjang Renek Kacang Panjang Biasa Di sini ingin saya kongsikan perbezaan antara kacang panjang renek dengan kacang panjang biasa dari segi pemerhatian saya: Kacang Panjang Renek Pokoknya adalah renek iaitu (setinggi lutut) Bentuk dan saiz buahnya lebih kurang sama dengan kacng panjang yang biasa. Pokok ini lebih cepat matang tetapi jangka hanyatnya agak pendek berbanding pokok kacang biasa. Penanaman kacang panjang ini boleh ditanam di dalam pasu atau polibeg Tidak perlu menggunakan tali untuk menjalar kerana pokok ini hidup secara renek sahaja....

Maksud di sebalik Warna Bunga Mawar

Imej
Tahukah anda Bunga Mawar terdiri daripada pelbagai warna dan setiapnya mempunyai maksud yang berlainan. Tidak hairanlah apabila seseorang (terutamanya wanita) menerima bunga mawar daripada si pemberi (lelaki) ianya memberikan maksud dan makna yang tersirat. Di kebun mini saya terdapat beberapa warna pokok bunga mawar yang ditanam iaitu Merah, Kuning, Oren, Merah Jambu, Putih.  Oleh itu, di sini ingin saya kongsikan serba sedikit makna di sebalik warna bunga mawar. Selamat membaca! 1) Bunga Mawar Merah   Keindahan Bunga mawar merah sudah pastinya menjadi pilihan semua terutamanya bagi golongan muda mudi yang hangat bercinta.  Bunga mawar merah ini adalah sebagai lambang rasa cinta, rasa hormat, kasih dan sayang, romantik dan juga sebagai tanda memberi pujian kepada seseorang yang dicintai. Apapun bunga mawar merah ini semestinya memberi makna dan erti yang begitu mendalam dalam diri seseorang.    2) Bunga Mawar Merah Jambu Bunga Merah Jambu pula memberikan maksud...

Perbezaan Sayur Kucai dan Sayur Bawang

Imej
Sayur Daun Kucai Sayur Daun Bawang Sayur Kucai adalah sejenis tanaman herba yang tergolong dalam keluarga bawang dan ianya mempunyai banyak khasiat. Saya pasti ramai diantara kita suka memakan sayur kucai ini. Tetapi ada juga sebahagiannya sukar untuk membezakan antara daun kucai dan daun bawang. Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan perbezaan sayur kucai dan sayur bawang. Harap lepas ini kita tidak keliru lagi ya! Sayur ini mempunyai bentuk dan panjang yang sama. Cuma yang membezakan ialah:  Daun Bawang mempunyai ukuran lebih besar, bulat dan lembut. Manakala Daun Kucai lebih nipis dan padat. Daun Bawang berwarna hijau dan menjadi putih di bawagian pangkalnya manakala Daun Kucai tetap berwarna hijau hingga ke pangkal. Daun Bawang mempunyai rasa sama seperti bawang tetapi Kucai mempunyai aroma yang hampir sama seperti bawang putih. Dari segi fungsi dalam masakan, Daun bawang biasanya digunakan sebagai pelegkap rasa dalam masakan seperti sup dan makanan bergoreng sebagai hiasan dan...

Welcome October 2020!

Imej

Selamat Hari Merdeka 2020

Imej
 

Video Cili Merah Big Johor 1033

Imej
Salam Semua! Mari saksikan video pendek Cili Merah Big Johor 1033 @ Anjel Farm. # Please Like & Subscribe  **Terima Kasih

Video: Kebaikan Buah Tomato untuk Kulit

Imej
Mari saksikan Video Pendek Mengenai Buah Tomato dan kebaikannya untuk Kulit. @ Anjel Farm.

Selamat Hari Raya Aidiladha 2020

Imej
Selamat Hari Raya Aidiladha to all the Muslim friends , and Happy Holiday!

Info COVID-19 @ Kuching, Sarawak

Imej
Stay Safe everyone!  

“Happy Sarawak day & Independence Day 2020“

Imej

Jual Cili lagi...Syukur rezeki.

Imej
Syukur, rezeki untuk hari ini. Walaupun hasil tuaian cili tidak banyak kali ini, tetapi ia memberi kepuasan kepada diri saya sendiri. Hari ini terdapat tiga (3) bungkus Cili Padi Thai hasil keluaran Anjel Farm telahpun di packing untuk dijual ke kedai yang berdekatan. Bagi yang ingin mencuba rasa kepedasan cili Padi Thai ini, datanglah ke kedai kami.   Cili yang dijual ialah: 1) Cili Padi Thai 2) Cili Padi Sakata 3) Cili Minyak 5) Cili Burung

Video F1 Hibrid Cili Padi Thai @Anjel Farm

Imej

Tahukah anda? Kenapa kita perlu makan buah-buahan setiap hari?

Imej
Buah-buahan adalah makanan yang sangat penting dan disarankan pengambilannya setiap hari. Ini kerana ia menpunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Tetapi, sayangnya ada sesetengah individu tidak suka dan jarang makan buah. Tahukah anda bahawa buah mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, magnesium, kalium, dan asam folat. Kandungan ini mampu untuk mencegah berbagai macam penyakit seperti penyakit jantung, diabetis, strok dan penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan.  Khasiat buah adalah berdasarkan warnanya iaitu aitu buah berwarna: MERAH :  Tembikai / Strawberi / Ceri  Dapat membantu tubuh badan melawan penyakit kanser dan penyakit jantung. UNGGU: Bluberi / anggur Dapat membantu tubuh melawan kanser Menguatkan jantung HIJAU: Kiwi / Apple Hijau Melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser mempercepat penyembuhan luka  OREN: Pisang / Buah Oren / Nanas Bagus untuk menjaga mata, kulit, gigi dan tulang mencegah janin da...

Khasiat sayur kacang bendi yang perlu anda tahu!

Imej
Saya pasti ramai diantara kita suka memakan sayur kacang bendi. Sayur ini kebiasannya dijadikan ulaman, digoreng atau dimasukkan ke dalam masakan seperti kari. Kacang bendi adalah berwarna hijau, panjang berbentuk tirus dan berlendir di dalamnya.  Kacang bendi kaya dengan vitamin A, B6, Vitamin C, Asid Folik, kalsium, zink dan asid animo. Khasiat kacang bendi adalah seperti berikut: Dapat membantu menguatkan otak dan menambahbaik daya ingatan serta kecerdasan. Sesuai untuk Ibu hamil/ mengandung kerana kaya dengan asid folik     Membantu melawaskan proses pembuangn toksin badan. Menghalang sembelit atau kembung perut Merawat usus yang mudah terluka, menyembuhkan ulser. Dapat mengurangkan bengkak dan radang pada salur pembuangan.        Dapat membantu melegakan batuk dan merawat sakit kerongkong dan hidung. Dengan itu, marilah kita bersama-sama menaman sayur kacang bendi ini kerana ia bukan sahaja mempunyai banyak khasiat, tetapi dapat menjimatkan k...

Khasiat bunga mawar yang kita tidak tahu!

Imej
Salam, Hari ini pepagi lagi saya terhidu bau yang harum dan wangi dari kebun bunga Anjel Farm. Di fikiran saya sudah pastinya bau wangi ini datangnya dari Pokok bunga Rose.  Sangkaan saya memang betul sekali. Terdapat banyak kuntum bunga yang sudah mekar. Saya apalagi mulalah memetik semua kuntum bunga yg mekar tadi. Tujuannya dipetik adalah untuk di keringkan, kerana bunga rose ini mempunyai banyak manfaat/ khasiat kepada kita jika direndam dan diminum airnya.  Oleh sebab itulah saya sayang dan sangat suka sangat bunga rose ini walaupun mempunyai banyak duri pada batang pokok ini. Kalau anda nak tahu berikut adalah khasiat bunga rose: Mencium bau bunga rose dapat membuatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa.  Menenangkan ketegangan saraf dan emosi. Merawat jangkitan pada mata. Menghilangkan sakit kepala dan pening. Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen. Sebagai awet muda.  Merawat cirit-birit Sebagai antiseptik dan merawat k...

Jual Buah Cili

Imej
Salam,  Syukur rezeki hari ini mendapat hasil tuaian cili yang banyak setelah menunggu beberapa hari untuk dituai. Beberapa hari ini juga kerja-kerja membersihkan kebun dan membuang pokok-pokok cili yang telah tua untuk diganti dengan yang baru. Jadi, petang tadi bermulalah kerja-kerja membungkus cili untuk dijual di kedai-kedai dan kepada kawan-kawan. Sepeket dijual dengan harga RM2.00. Ada cili Hijau, Cili Besar dan Cili Padi untuk dijual. Kepada yang berminat untuk membeli boleh hubungi saya. Tetapi untuk warga Kuching sahajalh ya. Cili Fresh dari Kebun Anjel Farm. Terima Kasih.

Manfaat Sayur Kale yang perlu anda tahu!

Imej
Saya pasti ada diantara kita tidak pernah mengenal apa itu sayur kale? Ataupun tidak pernah memakan sayur kale? kepada yang tidak kenal, gambar di bawah adalah sayur kale yang ditanam di Anjel Farm .  Sayur ini sebenarnya sayuran dalam kumpulan kubis seperti brokoli dan sawi. Kale mengandungi kandungan gizi yang sangat tinggi dan bermanfaat bagi tubuh. Khasiat sayur kale adalah untuk: Membantu mencegah penyakit kanser payudara kerana kale mengandungi zat yang disebut sulforaphane. Zat ini dapat melambatkan pertumbuhan kanser paudara.  Baik untuk kesihatan jantung keranan mengandungi Vitamin K. Menjaga Kesihatan mata kerana mengandungi vitamin A yang baik untuk kesihatan mata, meningkatkan kekebalan tubuh, dan berperanan dalam pembentukan sel badan.  Kandungan Kalsium yang banyak berbanding susu untuk meningkatkan kesihatan tulang  Sayur Kale Sekian perkongsian saya hari ini, semoga bermanfaat.  # klik: Saya ada jual benih sayur-sayuran #  

Hasil Kacang Panjang Renek

Imej
Hari ni pepagi lagi saya menjenguk sayur kacang panjang renek di kebun. Hati berbunga riang bila melihat kacang panjang renek hidup subur dan hasilnya boleh dituai. Walaupun hanya 4 polibeg yang ditanam, tetapi hasilnya memang memuaskan. Kalau dibandingkan dengan yang ditanam sebelum ini, ketinggian pokok kali ini adalah lebih tinggi, daunnya pula bersaiz besar, warna kehijauan dan cantik. Hati kita pun merasa puas dengan hasil tanaman titik peluh sendiri. Oleh itu, untuk mendapat hasil tanaman yang subur dan puas hati bukannya mudah. Semuanya memerlukan kesabaran, keyakinan dan semangat untuk mencapai apa yang kita inginkan. Yang penting jangan mudah berputus asa sekiranya kita gagal. Kita perlu berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki kegagalan. Di bawah adalah gambar kacang panjang renek di Anjel Farm Kuching. Pokok kacang panjang renek ini berusia 35 hari. Syukur, ianya memberikan hasil yang banyak. Saya suka makan sayur kacang panjang ini ketika masih muda kerana ...

Selamat Hari Gawai 2020

Imej
Selamat Hari Gawai 2020  Gayu Guru Gerai Nyamai!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Imej

Selamat Hari Guru 2020

Imej
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik! Kegigihanmu dalam mendidik tidak akan kami lupakan.

Kebun Bunga cantik 2020

Imej
Salam, Di pagi yang indah ini, hati berasa ceria bila melihat kebun bunga yang telah saya ubah semalam  nampak cantik dan sedap mata memandang. Terima kasih kepada en.suami kerana membantu menjayakan projek Kebun Bunga ini. Kebun Bunga bertambah seri bila bunga Mawar mekar dan hidup dengan subur sekali. Di bawah inilah kebun bunga saya yang terkini. Untuk mengelakkan Tanah ditumbuhi rumput, saya bentangkan Silver Shine plastic sebagai lantai atau asas diatas tanah. Ini untuk mengelakkan serangan serangga perosak dan juga penyakit. Bukan itu sahaja, ia memudahkan kita untuk menjaga kebun suo sya sentiasa berapa dalam keadaan sihat dan bersih.

NOVEL CORONAVIRUS

Imej

Perintah Kawalan Pergerakan

Imej

Serangan Penyakit Antraknos pada Cili

Imej
Salam. Hari ini saya berkesempatan untuk meninjau keadaan cili di kebun setelah beberapa hari hujan melanda di Bandar Kuching ini. Apabila diperhatikan, cili padi dan cili kulai berada dalam keadaan sihat. Tetapi apabila sampai di baris Cili Minyak, betapa terkejutnya saya melihat banyak buah cili hijau yang belum lagi masak telah dijangkiti penyakit iaitu Antraknos atau bintik berpusar. (Lihat gambar di bawah). Apabila dituai dan ditimbang lebih kurang 1 Kilo yang terkena penyakit ini. Betapa sedihnya bila melihat banyak cili yang berpenyakit. Bukan itu sahaja, malah membawa kerugian kerana tidak mencapai hasil tuaian yang optimum. Ingin saya kongsikan serba sedikit mengenai penyakit ini. Mudah mudahan dapat dijadikan rujukan kepada kita semua. Penyakit: Antraknos atau bintik berpusar Bahagian diserang: Buah Simptom:  Bintik berpusar berwarna hitam pada buah. Biasanya saiz bintk 3-4cm garis pusat pada buah cili. Jika jangkitan pada bahagian daun, simpton ialah bintik-b...

Pokok Lemon di Kebun

Imej
Salam, Beberapa hari ini saya asyik sibuk dengan hal-hal lain di luar sahaja. Meninjau kat kebun pun sekejap. Itupun sebap siram baja untuk pokok cili. Biasalah kan kalau kita tanam dalam dalam polibeg ni, memang hari-hari kita kena siram air. Kecualilah hujan turun dengan lebat sekali so tak payahlah nak siram sangat.   Memandangkan hari ini saya dah free. So, hari ini aktiviti yang saya buat kt kebun ialah memetik buah Lemon. Saya ada satu (1) Pokok Buah Lemon. Tetapi walaupun sepokok sahaja pokok ini tetap membuahkan hasil yang banyak. Buahnya pula besar dan mempunyai air yang banyak kalau diperah. Diminum pun memang sedap lebih-lebih lagi dicampur dengan madu. Boleh dikatakan subur dan sihatlah pokok lemon ini.  Bercerita mengenai Pokok Lemon ini, semestinya semua orang tahu kebaikan/ khasiat meminum air lemon ini. Salah satu khasiat yang semua orang tahu ialah ia boleh menurunkan berat badan/ melangsingkan badan sekiranya kita meminum air lemon di pagi h...

Pokok Bunga Mawar Switzealand

Imej
Salam, Hari ini bangun pagi terus teringatkan Pokok Bunga Mawar Switzealand yang telah menunjukkan tanda-tanda berbunga semalam. So, apalagi cepat-cepat saya pergi ke kebun dan akhirnya warna PINK muncul di depan mata....Yang satu lagi tu macam Warna MERAH akan berbunga.  Apalagi hati ini berbunga riang seperti bunga mawar itu juga. Memang Pokok bunga mawar Switzealand ini cantik. Bunganya tebal dan bila dihidu baunya harum sekali. Ada bakat juga kan saya tanam pokok bunga Mawar Switzealand ini. Haraplah lepas ini banyak lagi bunga baru akan tumbuh dan juga harap saya dapat jaga Pokok Bunga Mawar ini sebaik-baiknya. Bukan senang nak cari pokok ini. Kalau yang ada dijual pun lain-lain jenis. Tambah lagi mahal pula tu. Artikel Berkaitan Anak Pokok Bunga Mawar Switzealand 

Kebaikan dan Manfaat Makan Cili

Imej
Sememangnya kita tahu cili mempunyai bermacam-macam jenis iaitu cili hijau, merah, cili Api, cili burung dan lain-lain. Tetapi tahukah anda, apa kebaikan dan manfaat cili pada kesihatan kita.  Berikut adalah kebaikan dan manfaat memakan cili:   1)  Menyihatkan Jantung Cili dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan juga dapat mengelak daripada risiko serangan jantung dan strok. 2)  Menjaga Mood (Penyenang Fikiran dan Jiwa) Cili dikatakan dapat menenangkan fikiran dan jiwa kerana hormon endorfin yang dikeluarkan oleh otak dapat memberi nikmat, ketagihan dan menaikan selera walaupun ianya pedas.            3)  Menghilangkan Gejala Selesema Cili dapat melegakan hidung yang tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga berfungsi mengembangkan saluran udara paru-paru dan mengurangkan asma. 4)  Menurunkan berat badan Cili dipercayai dapat membantu menurunkan berat badan kerana cili dapat meningkatkan kadar metabolisme ...

Anak Pokok Cili Sakata F1 Hybrid 508

Imej
Salam bertemu lagi. Masih teringat lagi tak beberapa minggu yang lepas saya ada tunjukkan anak pokok cili padi Sakata F1 Hybrid 508 yang berusia 12 hari. So, pejam celik anak pokok cili tersebut telah pun berusia 4 minggu. Gambar di bawah adalah anak pokok yang telahpun saya pindahkan ke Polibeg. Kalau dikira ada 24 Polibeg kesemuanya. Haraplah kesemua anak pokok ini tumbuh dengan subur dan sihat. Bukan apa perjalanannya ke peringkat matang masih jauh lagi. So, kita kena jaga sebaik-baiknya. Pautan Berkaitan Semai Cili Padi Sakata F1 Hybrid 508

Angin bertiup kencang,Pokok Cili Tumbang Lagi. Adoi!

Imej
Salam, Baru semalam kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan kebun ini dilakukan. Hari ni pula tetiba sahaja hujan berserta angin turun dengan lebatnya menyebabkan banyak pokok cili yang tumbang. Haraplah dahan-dahan pokok cili tersebut tidak patah macam dulu. Kalau patah, menangislah nampaknya. Dahlah banyak anak-anak cili baru tumbuh.  Inilah risikonya kalau tanam di Polibeg dan kita juga tidak boleh lari dari keadaan persekitaran. Tambahan pula struktur sokongan polibeg ini tak beberapa sesuai. Tetapi nak buat macam mana kan. Semua memerlukan kos untuk tambah baik. Ini dikira syukur kerana model struktur ini lebih baik daripada dahulu. Jadi, nampak gayanya lepas hujan berhenti saya kena buat balik susun atur polibeg. TQ.

Hasil Tuaian Cili Kulai, Minyak dan Padi

Imej
Syukur, Hari ni dapat banyak hasil tuaian cili. Ada cili jenis Kulai, Cili Minyak dan Cili Padi. Antara ketiga-tiga jenis cili ini, yang paling pedas adalah cili padi dan yang tak pedas sangat ialah cili kulai dan Cili Minyak. Kebiasannya Cili padi ini digunakan untuk membuat sambal, manakala cili Kulai dan Cili Minyak untuk dibuat sayur atau sebagai perhiasan pada masakan.  Kebiasannya saya akan gunakan cili ini untuk membuat sambal dan selebihnya saya akan jual dengan kawan-kawan. Tetapi buat masa sekarang banyak cili saya yang telah masak berbanding sebelum ini. Jadi saya tak ada pilihan, kali ini saya mencuba untuk menjual di kedai-kedai pula. Setiap pek saya jual dengan harga RM2.00. Harap-harap adalah orang membeli dan support local cili ini. TQ.