Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel buahbuahan

Khasiat Buah Nanas

Imej

Buah Jambu Batu

Imej
Saya pasti mesti kebanyakan kita suka makan buah Jambu. Ada yang makan begitu sahaja bersama kuah rojak malah boleh juga dibuat minum jus buah. Apa pun citrasa makan yang kita suka buah jambu tetap mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi dan mampu menguatkan sistem imun daya tahan tubuh. Buah jambu batu ialah tanaman yang tahan lasak dan mudah dijaga. Tidak heranlah banyak petani yang mengusahakan tanaman buah jambu ini. Buah jambu batu berjenis beri dan berbiji banyak.Bentuknya bulat, bujur seperti buah pir.  Kini terdapat juga varieti jambu yang tidak mempunyai biji. Salah satu varienti yang popular ialah Jambu Batu Lohan yang terkenal dengan buahnya yang besar, manis dan ranggup. Di AnjelFarmGarden, Jambu yang ditanam adalah jambu berjenis berbiji iaitu jambu batu Lohan.                      

Buah Ciku

Imej
           Buah ciku beriklim tropika atau nama saintifiknya ialah "Manilkara zapota" merupakan buah tropika yang dikatakan berasal daripada Amerika Tengah. Kini juga ditanam di kawasan beriklim tropika seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia.  Buah ciku berwarna coklat gelap dan mempunyai biji di tengahnya. Rasanya manis dan isinya lembut apabila masak ranum. Ciku selalunya dimakan secara segar dan juga boleh diproses menjadi jem dan jus. Buah ciku mengandungi banyak khasiat serta nutrient yang tersendiri. Selain itu, ciku juga kaya dengan antioksidan dan memiliki banyak manfaat. Gambar di bawah adalah buah ciku yang ditanam di AnjelFarmGarden. Pokok ciku ini berusia 5 tahun. 

Pokok Cili Tumbang

Imej
  Salam, Pagi ini terasa sejuk sekali maklumlah hujan lebat turun dengan angin yang kencang malam tadi. Di fikiran pula tiba-tiba teringat akan tanaman cili di belakang rumah. Harap semuanya berada dalam keadaan yang baik. Biasa nya kalau bulan Julai memang cuaca di kuching ini akan selalu hujan berterusan dan ini akan membuatkan  banyak tanaman mudah dijangkiti penyakit. Dalam hati ini berharap agar semua tanaman tiada yang rosak dan tumbang. Selepas membersihkan diri, saya dengan langkah lajunya menuju ke halaman belakang rumah. Alangkah sedihnya dalam hati kerana hampir kesemua pokok cili saya tumbang. Dan ini akan mengambil masa seharian di kebun untuk mengatur semula alat sokongan pada pokok-pokok yang tumbang.  Sila lihat gambar di bawah. Sedih bila melihat pokok cili seperti ini tumbang. Dahan-dahannya pula ada yang patah. Begitulah risiko yang perlu kita hadapi jika membuat tanaman fetigasi jenis terbuka. Apa-apapun kita kena bersedia untuk menghadapinya.

Tahukah anda? Kenapa kita perlu makan buah-buahan setiap hari?

Imej
Buah-buahan adalah makanan yang sangat penting dan disarankan pengambilannya setiap hari. Ini kerana ia menpunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Tetapi, sayangnya ada sesetengah individu tidak suka dan jarang makan buah. Tahukah anda bahawa buah mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, magnesium, kalium, dan asam folat. Kandungan ini mampu untuk mencegah berbagai macam penyakit seperti penyakit jantung, diabetis, strok dan penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan.  Khasiat buah adalah berdasarkan warnanya iaitu aitu buah berwarna: MERAH :  Tembikai / Strawberi / Ceri  Dapat membantu tubuh badan melawan penyakit kanser dan penyakit jantung. UNGGU: Bluberi / anggur Dapat membantu tubuh melawan kanser Menguatkan jantung HIJAU: Kiwi / Apple Hijau Melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser mempercepat penyembuhan luka  OREN: Pisang / Buah Oren / Nanas Bagus untuk menjaga mata, kulit, gigi dan tulang mencegah janin da...