Saya pasti tentu ramai diantara kita jarang nampak tomato berbentuk bujur. Biasanya di pasar tani kebanyakannya tomato jenis bulat yang dijual.
Kali ini di Anjel Farm Garden, saya telah memilih untuk mencuba menaman tomato berbentuk bujur pula. Syukur, akhirnya selepas 3 bulan buah tomato bujur ini dapat dituai hasilnya.
Apa yang dapat saya simpulkan mengenai tomato bujur ini ialah cara menanam, penjagaan baja dan kawalan serangga perosak adalah sama dengan jenis tomato bulat.
Gambar di bawah adalah jenis benih Tomato Bujur yang digunakan dan perkembangannya sehingga boleh dituai.