Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel benih sayursayuran

Benih Terung Bulat

Imej
Syukur, awal tahun 2021, terung bulat yang ditanam telah membuahkan hasil. Pokok Terung ini telah berusia 1 bulan. Saya menggunakan biji benih dari kebun Saya sendiri. Benih adalah berkualiti kerana biji benih yang diambil adalah hasil dari tuaian pertama. Sememangnya tidak rugi jika kita bercucuk tanam sendiri  lebih-lebih lagi dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 yang mana kita perlu bijak dalam merancang kewangan serta berjimat cermat. Jadi, apa tunggu lagi, marilah kita bersama-sama bercucuk tanam dan merasai hasilnya. 

Semai Cili Padi Sakata F1 Hybrid 508

Imej
Salam, Hari ini rasa teruja bila melihat anak pokok cili padi Sakata F1 Hybrid 508 yang saya semai beberapa minggu yang lepas tumbuh dengan sihat sekali. Kalau dikira, anak pokok ini baru berusia 12 hari. Benih cili ini saya beli dengan harga RM40 sepeket. Benih ini dikatakan berasal dari Indonesia dan diperbuat Di Jepun. Saya memilih untuk mencuba menaman pokok cili ini kerana ia bukan sahaja mempunyai rasa pedas dan sesuai digunakan untuk masakan, tetapi dikatakan senang ditanam di iklim Malaysia dan mempunyai daya tahan serangan penyakit yang tinggi. Di samping itu, pokok cili ini juga mampu mengeluarkan hasil yang lebat.  Saiz buah cili ini adalah 7.5 -8.0 cm panjang, 1.0 - 1.2cm diameter, 2.5 -3.0gram/biji berat. Diharapkan anak pokok ini dapat membesar dengan sihat dan dapat mengeluarkan hasil yang lumayan.

JUAL BENIH CILI, TOMATO DAN SAYUR

Imej
Salam, Biji benih ada dijual di Anjel Agro Farm dengan harga yang berpatutan. Biji benih adalah berkualiti daripada keluaran Anjel Farm Kuching. Terima kasih kerana membeli.

Menyemai benih

Imej
Menyemai benih merupakan satu aktiviti yang penting dan perlu dibuat dengan berhati-hati.  Ini dapat memastikan pertumbuhan anak benih kekal sihat dan berprestasi tinggi apabila sedia untuk dipindah tanam nanti. Saya sebenarnya tidak mahir dalam bab menyemai benih pokok. Bagi saya anak pokok yang berusia 1 minggu itu tumbuh adalah satu keajaiban. Maklumlah mana pernah buat aktiviti semaian pun. Tambahan pula saya menyemai benih di polibeg sahaja seperti Gambar di bawah.