Sayur-sayuran


Sememangnya semua kita tahu bahawa sayur adalah makanan yang terpenting dalam asas/ piramid makanan. Ini kerana sayur mengandungi vitamin dan garam mineral yang menolong memelihara kesihatan badan kita. Selain itu, sayur dan buah dapat merendahkan risiko penyakit jantung dan beberapa jenis kanser. 

Sayur-sayuran boleh diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan iaitu jenis daun, buah dan ubi/ bebawang. Di Anjel Farm, beberapa jenis sayur-sayuran ditanam sama ada untuk dijual atau dimakan sendiri iaitu:




1) Cili 

Cili atau nama saintifiknya ialah Capsicum. Ia adalah tergolong dalam kumpulan sayuran berbuah dan terdiri daripada beberapa kumpulan dan jenis. Walaupun rasanya pedas, cili tetap menjadi makanan yang disukai ramai. Dalam kata lain kita boleh katakan "Tak lengkap masakan kalau tak ada cili!"

Cili terdiri daripada jenis seperti cili besar dan cili padi. Cili besar kebanyakannya digunakan sebagai ramuan tambahan untuk memberi warna dalam masakan serta dijadikan sebagai hiasan atau sentuhan terakhir dalam menyerikan hidangan. Manakala Cili Padi seperti lada burung atau lada kecil mempunyai rasa yang pedas berbanding cili besar dan biasanya digunakan dalam masakan jenis sambal, gulai, rendang dan masakan berkuah lain. 

Di Kebun saya cili yang pernah ditaman ialah:
1) Cili Besar Sakata
2) Cili Big Johor
3) Cili Kulai
4) Cili Padi Sakata
5) Cili Padi Thai

Berikut adalah Kebaikan dan Manfaat Makan Cili (Sila klik disini)
  

 
 
2) Sayur Bayam

Sayur Bayam adalah jenis sayuran yang banyak dijual di pasaran dengan harga yang murah dan mengandungi banyak nutrasi yang bermanfaat bagi kesihatan. Sayur ini senang ditanam dan fasa matang mengambil masa 3-4 minggu. Sayur ini dipercayai mampu mencegah berbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kulit, diabetis, menguatkan tulang, otot dan sendi, menurunkan berat badan, mencegah anemia serta menjaga kesihatan gigi dan mulut.




 3) Sayur Kale

Pernahkah anda mendengar tentang sayur kale? Sayuran ini mirip daun kubis dan dipercayai mengandungi zat-zat yang bermanfaat bagi tubuh manusia. Sayur Kale kaya dengan Vitamin A, C, D, E, B1, B2, B3, B6, B9, K, besi, magnesium dan garam. Sayur kale ini bermanfaat untuk pembentukan Hemoglobin dalam badan, menurunkan berat badan, melancarkan pencernaan, menjaga kesihatan mulut, menyihatkan rambut dan baik untuk tulang.


 



4) Sayur Pakcoy

Sayur Pakcoy atau sawi merupakan tanaman yang berasal dari Asia Timur. Sayur ini mempunyai banyak kandungan nutrasi Vitamin A, Vitamin C, Vitamin K, Vitamin B6, Protin, karbohidrat, serat, kalium, magnesium dan zat besi. Dengan pengambilan sayur ini, ia dapat meningkatkan kesihatan jantung, menyihatkan mata, membentuk tulang yang kuat, Mencantikan kulit, mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko terkena kanser.





5) Sayur Kailan

Sayur kailan merupakan sejenis sayuran berdaun yang sangat popular dalam masakan cina.  Dan kini kita boleh didapati dalam masakan Malaysia. Kebiasannya sayur ini dimasak dengan ikan masin, goreng dengan halia dan bawang putih, direbus atau dikukus serta dihidangkan dengan sos tiram.  Sayuran ini sangat tinggi dalam vitamin K, Vitamin A, Vitamin C, folat dan kalsium. Manfaat pengambilan sayur ini ialah ia dapat mengurangkan kolestrol dalam badan, mencegah pembentukan sel kanser, membantu menurunkan risiko diabetis, mencegah pembekuan darah, membantu menjaga kesihatan mata, menghalang anemia, membantu pencernaan, membantu menjaga kesihatan tulang dan gigi, membantu nenjaga otak.




6) Sayur Kacang Panjang Renek

Sayur kacang panjang adalah sejenis sayuran yang mudah didapati sama ada di kedai ataupun di pasaraya. Ini kerana ia mengambil masa lebih kurang 2 bulan sahaja menamannya dan ianya boleh dimakan. Sayur kacang panjang mempunyai banyak manfaat kepada tubuh badan kita iaitu seperti menurunkan tekanan darah, Menurunkan risiko kanser,  Menjaga kesihatan Jantung, meningkatkan stamina, memperbesarkan payudara, menjaga kecerahan kulit serta menjaga imunisasi tubuh.




7) Terung Bulat

Sayur terung kebanyakannya berasal dari negara Asia dan digunakan secara meluas dalam masakan di negara seperti india dan china. Terung mempunyai beberapa jenis iaitu terung bulat, terung panjang, terung telunjuk dan terung pipit. Kebaikan pengambilan sayur terung adalah dapat membantu melawan kanser, Melindungi dan mencergaskan sel otak, membantu mengawal diabetis dan tekanan darah tinggi, membantu meningkatkan kesihatan kulit wajah, membantu mengurangkan kolestrol, membantu menguatkan tulang, menyokong sistem pertahanan tubuh dan menjaga kesihatan usus.





8) Tomato

Buah tomato adalah sejenis sayur jenis buah. Buah ini sangat popular dan dikenali di seluruh dunia. Di Malaysia buah ini kebanyakannya ditanam di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands. Buah tomato bermanfaat untuk kulit yang sihat, penurunan berat badan dan kesihatan jantung.




9) Kacang Bendi

Kacang bendi atau Okra adalah sejenis tumbuhan berbunga hijau. Sayuran ini sering dijadikan ulaman atau dimasukkan ke dalam masakan seperti kari. Kacang bendi sememangnya disukai kerana mengandungi kalium, vitamin B, vitamin C, asid folik dan kalsium. Manfaat kacang bendi ialah seperti merendahkan kolestrol, mengurangkan asma/ lelah, mengawal penyakit kencing manis, meningkatkan sistem imun, mencegah penyakit buah pinggang, menggalakkan kehamilan yang sihat,




10) Pokok Bawang Kucai Cina

Pokok bawang kucai merupakan sejenis sayuran berdaun yang kebiasannya ditanam di kawasan tanah rendah atau tanah tinggi untuk pasaran segar. Sayur kucai mula diperkenalkan oleh kaum cina yang suka makan kucai sebagai sayuran. Kebiasannya sayur ini digunakan dalam masakan seperti Char Kuew Tiow, Mee Goreng, Beehon Goreng dan beberapa makanan lain. Sayur kucai ini mengandungi vitamn c dan vitamin B, kalium, Asid folik, karotin dan sulfur yang dipercayai bagus untuk mengurangkan darah tinggi, penyakit segugut, keputihan dan sembelit. Kucai juga mengandungi antiseptik yang mampu membunuh kuman dalam perut dan sistem penghadaman usus. Selain itu, ia membantu melegakan sakit tekak, sakit perut dan  membantu dalam proses mengurangkan lemak dalam badan.




11) Buah Lemon

Buah lemon memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan juga kecantikan. Seperti kebiasannya, ramai mengetahui bahawa lemon adalah salah satu cara untuk mendektos tubuh dari racun-racun di dalam tubuh badan kita. Selain itu, lemon juga merupakan salah satu alternatif untuk menurunkan berat badan/ melangsingkan badan. Ini adalah kerana lemon kaya dengan Vitamin C, Zat Besi, kalsium dan beberapa vitamin yang lain. Jusnya sangat sedap dijadikan minuman atau dicampurkan dalam ramuan pelbagai sos. Sementara parutan kulitnya sering dicampurkan dalam menu pemanis seperti puding, kek dan sebagainya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan