Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hasiltuaian

Hasil tuaian sayur-sayuran (Terung, Ketumbar, Kucai & Tomato)

Imej
Salam, Syukur hari ini dapat hasil tuaian dari AnjelFarmGarden iaitu terung bulat, daun ketumbar, kucai dan tomato. Dengan adanya bahan-bahan ini, hari ini saya akan membuat masakan kari Ayam.  Begitulah tuan/puan memang tidak rugi jika kita menaman sendiri sayur-sayuran kerana ia bukan sahaja bebas daripada racun kimia tetapi dapat menjimatkan duit perbelanjaan dapur. Nak memasak dalam kadar yang banyak pun tiada masalah. 

Hasil Pokok Cili Kulai

Imej
Akhirnya, masa ditunggu-tunggu, buah Pokok Cili Kulai di Anjel Farm telah pun masak dan boleh dituai. Jika dilihat warnanaya amat menarik dan kelihatan segar sekali.  Kalau nak tahu, Cili kulai ini rasanya memang pedas dan rasa rangup bila dimakan. Panjang buah adalah sekitar 8-10 cm serta berat buah 7-10g/biji. Ianya juga boleh disimpan dalam tempoh yang agak lama. Kebanyakan pelanggan yang membeli cili di Anjel Farm Kuching ini amat menyukai cili kulai ini untuk tujuan pengunaan segar/ masakan harian. Diharapkan Anjel Farm Kuching dapat berkembang lagi dari semasa ke semasa. Terima kasih. 

Tuai Sayur Bayam Merah

Imej
Hari ini tibalah masanya untuk tuai sayur bayam merah di kebun Anjel Farm setelah 3 minggu disemai. Hati teruja bila melihat hasil tanaman yang segar dan ini merupakan kali pertama dapat merasa sayur bayam hasil tanaman sendiri. Rasanya sedap sekali jika dibandingkan dengan yang dijual di pasar dan ianya bebas dari bahan kimia/racun kimia. Nampak segar kan. Anak-anak pun suka sayur ini.

Hasil tanaman kebun semakin banyak

Imej
Syukur dan teruja bila melihat tanaman dari hari ke hari dapat menghasilkan buah/ sayur yang banyak. Walaupun hanya baru berjinak dalam pertanian ini, tetapi ia membuahkan hasil yang banyak dan segar setiap hari dan ini dapat menjimatkan kos membeli sayur. Terima kasih kepada suami kerana banyak membantu dalam menjaga kebun sayur di belakang rumah ini. Harap lepas ini saya dapat belajar lebih banyak lagi tentang pertanian ini.   

Hasil Tuaian Selepas 3 Bulan

Imej
Hari ni pokok pokok tanaman d kebun mini ku sudah memasuki usia 3 bulan. Sudah tiba masanya untuk menuai hasil tanaman di kebun miniku. Syukur, walaupun hasil tak banyak tapi cukup untuk lauk pada hari ini. Tak payah nak pergi ke pasar beli lauk sayur. Cuma, kelemahannya bentuk dan saiz sayur saya ni tak seperti yang dijual di pasar. Saiz tak cukup besar dan cantik. Biasalah kan untuk permulaan berkebun ni. Tak cukup pengalaman lagi.  Namum saya berbangga sebap akhirnya dapat juga merasa hasil tanaman yang ditanam sendiri. Maklumlah, sebelum ini tak pernah pun bermain dengan tanah. Hanya bermain dengan keyboard sahaja. Hihi. Macam yang saya pernah bagitau dulu, saya menaman sayur seperti: 1) Pokok Terung Bulat 2) Kacang Bendi 3) Kacang buncis 4) Kacang Panjang Renek 5) Tomato 6) Cili besar Kat bawah ni hasil tanaman yang saya petik untuk hari ni. Ada Terung Bulat, Kacang Bendi, Kacang Buncis, Kacang Panjang Renek.