Tips Dan Petua
Kawalan Serangga
Setiap tanaman sememangnya tidak akan terlepas dari terkena penyakit sama ada serangga, kulat, bakteria dan Virus. Untuk mengelakkan penyakit menyerang tanaman dengan lebih teruk, langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan iaitu sama ada dengan menggunakan racun perosak kimia ataupun racun organik/ buatan sendiri.
Racun Kulat Kimia
Pemilihan racun perosak yang betul adalah penting kerana ia mendatangkan bahaya kepada kita dan juga kepada alam sekitar sekiranya penggunaannya tidak mengikut dos yang betul. Selain itu juga boleh mengakibatkan kerugian hasil, mengurangkan keuntungan dan kemusnahan tanaman. Seboleh-bolehnya kita perlu menggunakan racun makhluk Perosak yang didaftar oleh kerajaan ini kerana racun ini telah menjalani proses yang ketat di makmal dan bidang ujian di ladang-ladang. Bukan itu sahaja, racun perosak ini juga mempunyai taraf bahaya mengikut kelas dan warna.
Dari segi keselamatan dalam pengendalian racun, kita perlu menggunakan alatan pelindungan yang sesuai seperti:
- Topi
- Penutup Muka
- Alat Pernafasan
- Sarung Tangan
- Apron
- Seluar Panjang
- Kasut But
Penggunaan dan Pengendalian racun perosak yang betul adalah amat penting kerana ianya boleh memberi kesan kepada manusia, udara, air dan tanah. Sekiranya salah diggunakan ianya menjadi satu kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Oleh itu, sebelum membeli & sebelum menggunakan Racun Makhluk Perosak, Silalah baca dan fahami kandungan pada label botol.
Berikut adalah senarai racun perosak/ racun kulat yang diiktiraf oleh kerajaan:
- Mancozeb
- Benomyl
- Sulfur
- Propineb
- Chlorothalonil
- Maneb
- Zineb
- Previcur
Racun Organik
Racun Organik adalah racun perosak yang dibuat secara organik tanpa bahan kimia yang berbahaya. Kaedah organik ini dapat mengurangkan kos apabila bahan yang digunakan boleh diperoleh dengan mudah kerana membabitkan barangan harian dapur. Berikut adalah Racun serangga Organik yang menggunakan:
- Campuran bahan sayuran (Klik di Sini)
- Guna Air Nasi Basi (Klik di Sini)
- Racun organik dari daun Neem