Baja / Nutrien

Tips Dan Petua

Tips untuk mendapatkan hasil tanaman yang optimum:-
1) Baja / Nutrien
3) Pengurusan Kebun


Baja / Nutrien

Pemberian Baja atau Nutrien pada tanaman adalah amat penting dalam pertumbuhan tanaman kerana baja / nutrien membekalkan unsur-unsur yang diperlukan oleh tumbuhan untuk terus hidup subur. Terdapat 2 jenis kategori baja iaitu Baja Organik dan Baja Bukan Organik (Baja Kimia). 


1)  BAJA ORGANIK

Baja Organik adalah baja yang terhasil daripada benda hidup yang wujud secara semulajadi seperti tahi ayam, kambing, lembu, kuda dan kompos( sisa-sisa tanaman). Contoh adalah seperti di bawah:


 


2)  BAJA KIMIA

Baja bukan organik (Baja Kimia) adalah sejenis baja yang dihasilkan menggunakan campuran bahan kimia dan bukan organik seperti asid sulfurik dan gas ammonia. Baja jenis kimia ini paling banyak digunakan kerana ianya mudah digunakan, kadar pertumbuhan adalah lebih cepat, bekalan berterusan dan juga pratikal. Berikut adalah jenis baja kimia yang paling banyak digunakan.

Baja NPK

Contoh Baja NPK

  • Adalah bermaksud sebagai Nitrogen, Phosphorus dan Kalium (Potasium). Baja jenis ini biasanya banyak digunakan oleh para petani atau perkebun. 
  • Secara ringkasnya Unsur Nitrogen (N) berfungsi dalam pembesaran daun. 
  • Unsur Phosphorus (P) berfungsi sebagai pembesaran bahagian akar tumbuhan kerana akar yang sihat mampu menyerap nutrien-nutrien lain dalam tanah. Selain itu juga untuk menggalak tumbuhan berbunga dan berbuah. 
  • Unsur Kalium (K) adalah amat penting untuk pembesaran pokok. Kalium membantu dalam perkembangan keseluruhan pokok termasuk bunga dan buah.  


Baja AB


    • Adalah sejenis baja cecair yang digunakan kebiasannya untuk tujuan tanaman secara fetigasi atau hidroponik oleh industri. Baja ini adalah campuran pelbagai baja tunggal yang membentuk baja AB yang lengkap. 
    • Boleh digunakan untuk tanaman sayuran dan tanaman berbunga.
    • Nama baja AB ini wujud disebabkan oleh setiap satu baja mempunyai unsur yang berbeza. dan setiap unsur tidak boleh bercampur. Kalau dicampurkan baja tadi akan kekurangan salah satu elemen penting yang diperlukan oleh tanaman.
    • Baja AB bukan baja Organik. Ia terdiri daripada baja kimia namum ia tidak beracun seperti racun serangga perosak.
    • Kandungan Baja AB
      • Baja A - Mengandungi Calcium Nirate dan Iron Chelate
      • Baja B - Mengandungi Kalium Nitrate, Mono Kalium Hydrogen Phosphate, Magnesium Sulphate, Mangganese Sulphate, Boric Acid, Zinc Suphate, Copper Sulphate dan Natrium Molybdate.
      • Nota** Jangan campurkan baja Set A dan B serentak kerana ia akan menyebabkan pembajaan kurang berkesan kerana akan kehilangan Phosporus.
    • Tip pemberian baja**
      • Untuk mengelakkan pembaziran melalui larut lesap, beri lebih kerap dengan kadar yang kurang
      • Bagi banyak pada waktu pagi kerana pokok lebih aktif pada waktu pagi
      • Kepekatan baja adalah lebih rendah pada musim kering & sebaliknya tinggi pada musim lembap.
    • Kenapa pilih baja AB
      • Sebab baja diberi dalam bentuk mudah diambl oleh pokok
      • Baja boleh diberi tanpa pembaziran
      • Kecederaan pokok disebabkan baja boleh dielakkan
      • Menjimatkan


Atonik (Zat Perangsang Tumbuhan)


  • Atonik mempercepatkan pengaliran sitoplasma dan metabolisme sel-sel tumbuhan, meningatkan pengambilan zat garam galian serta merangsang pengaliran asimilasi dari daun ke akar, pucuk, bunga, buah atau hasil-hasil lain seperti bebawang, akar umbi, bijian dll.
  • Atonik juga merangsang penghasilan debunga, pertumbuhan tiub debunga secara berkesan untuk memastikan pendebungaan dan pembentukan buah yang lebih baik.
  • Keistemewaan ATONIK.
    • Pembentukan pucuk yang lebih baik dan menggiatkan pertumbuhan
    • Menghapuskan ketidakaktifan, menggalakkan percambahan yang giat dan seragam.
    • Mempercepatkan pengaliran sel plasma dan pembentukan sistem akar untuk pemulihan yang lebih cepat dari kejutan mengubah.
    • Mempercepatkan pembentukan bunga yang lebih awal, lebih besar dan tahan lama.
    • Menghalang keguguran bunga dan buah yang belum matang, meningkatkan hasil dengan buah yang lebih besar dan banyak.
    • Memperbaiki kualiti tanaman.
  • Cara Penggunaan
    • Merendam biji benih
      • Rendamkan bij benih sepenuhnya ke dalam larutan atonik selama 2 jam
      • Hasil: Percambahan yang cepat dan seragam
  • Semburan ke atas anak benih
    • Renjiskan larutan atonik ke atas anak benih setiap 5 hari
    • Hasil: Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan akar
  • Semburan ke atas kucup bunga
    • Sembur larutan atonik ke bahagian kucup bunga sebelum mekar
    • Hasil: Mencegah keguguran bunga dan seterusnya menjadikan tapak yang baik untuk berbuah
  • Semburan ke atas daun dan buah
    • Sembur larutan atonik ke atas daun dan buah seminggu sekali
    • Hasil: Memperbesarkan buah dan meningkatkan mutu buah