Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel terung

Hasil tuaian sayur-sayuran (Terung, Ketumbar, Kucai & Tomato)

Imej
Salam, Syukur hari ini dapat hasil tuaian dari AnjelFarmGarden iaitu terung bulat, daun ketumbar, kucai dan tomato. Dengan adanya bahan-bahan ini, hari ini saya akan membuat masakan kari Ayam.  Begitulah tuan/puan memang tidak rugi jika kita menaman sendiri sayur-sayuran kerana ia bukan sahaja bebas daripada racun kimia tetapi dapat menjimatkan duit perbelanjaan dapur. Nak memasak dalam kadar yang banyak pun tiada masalah. 

Benih Terung Bulat

Imej
Syukur, awal tahun 2021, terung bulat yang ditanam telah membuahkan hasil. Pokok Terung ini telah berusia 1 bulan. Saya menggunakan biji benih dari kebun Saya sendiri. Benih adalah berkualiti kerana biji benih yang diambil adalah hasil dari tuaian pertama. Sememangnya tidak rugi jika kita bercucuk tanam sendiri  lebih-lebih lagi dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 yang mana kita perlu bijak dalam merancang kewangan serta berjimat cermat. Jadi, apa tunggu lagi, marilah kita bersama-sama bercucuk tanam dan merasai hasilnya. 

Hasil tanaman kebun semakin banyak

Imej
Syukur dan teruja bila melihat tanaman dari hari ke hari dapat menghasilkan buah/ sayur yang banyak. Walaupun hanya baru berjinak dalam pertanian ini, tetapi ia membuahkan hasil yang banyak dan segar setiap hari dan ini dapat menjimatkan kos membeli sayur. Terima kasih kepada suami kerana banyak membantu dalam menjaga kebun sayur di belakang rumah ini. Harap lepas ini saya dapat belajar lebih banyak lagi tentang pertanian ini.   

Pokok Terung Bulat dan Kacang Panjang Renek menghasilkan Buah.

Imej
Hari ini bangun pagi terus menjenguk kebun mini belakang rumah. Rasa amat gembira sekali bila melihat tanaman hidup dengan suburnya. Daun-daun pokok terung pula nampak besar-besar dan menghasilkan buah yang banyak. Tapi belum cukup masanya lagi untuk dipetik. Tak sabar pula nak petik bila dah cukup masak nanti. Pokok kacang panjang renek pun banyak yang telah masak. Cukuplah untuk masakan lauk hari ni. Tak payah nanti nak beli sayur. Tak sangka akhirnya dapat juga merasa hasil tanaman sendiri.