Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sistemfetigasi

Sistem Sokongan Pokok Cili.

Imej
Salam semua. Beberapa hari ini saya sibuk sedikit dengan kerja kerja membuat sistem sokongan pada semua pokok cili yang ada di AnjelFarmGarden . Meskipun sudah dibuat sistem sokongan menggunakan kayu sebelum ini, dahan pokok cili tetap patah juga apabila ditiup angin kencang. Selepas mengkaji apa sistem sokongan yang sesuai untuk pokok cili, kali ini saya memilih untuk menggunakan kaedah sistem sokongan tali iaitu tali diikat pada setiap dahan pokok cili yang mempunyai bebanan yang berat. Syukur dalam 2 hari ini juga, dahan pokok cili tidak patah seperti sebelum ini. Inilah hasil sistem sokongan yang Saya gunakan pada Pokok cili. Walaupun tidak beberapa kemas di pandangan mata, sekurang kurangnya Saya dapat juga belajar teknik penanaman yang baru.

Hasil penangan hujan dan ribut@AnjelFarmGarden

Imej
Hari ini terasa down sangat-sangat. Rasa nak menangis pun ada. Inilah hasil penangan hujan dan ribut malam tadi. Hati siapa yang tidak sedih, kebanyakan dahan buah cili yang lebat dan besar yang patah. Memang dugaan sungguh kali ini. Lepas ini kena fikirkan macam mana cara terbaik untuk kukuhkan lagi sokongan pokok cili selain menggunakan kayu. Maklumlah kan baru mula belajar bab cili fetigasi ini. Banyak benda lagi kena belajar.

Projek Sistem Fertigasi @ Anjel Farm 2021

Imej
Salam. Selamat bertemu kembali warga pembaca. Maafkan saya kerana telah lama tidak mengemas kini blog saya ini. Baru hari ini saya berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa di hujung minggu ini.  Sebenarnya hampir 2 bulan iaitu bermula bulan Januari hingga pertengahan bulan Februari saya bertungkus lumus menyiapkan projek fertigasi di kebun Anjel farm bersama-sama husband saya. Perlaksanaannya agak lama disebabkan cuaca yang tidak menentu dan ini merupakan sesuatu yang baru kami pelajari. Mujurlah husband saya tahu serba sedikit mengenai kaedah fertigasi, jadi dialah yang membeli dan memasang alat-alat fertigasi ini. Terima kasih kepada YouTube kerana memberi banyak maklumat tentang kaedah fertigasi ini. Tidak lupa juga kepada Shopee kerana menawarkan harga barang peralatan fertigasi yang murah dan berkualiti.      Di sini ingin saya kongsikan hasil projek fertigasi yang telah kami laksanakan. Tidaklah sebesar mana cuma dapat sediakan setakat memenuhi ruang hal...

Angin bertiup kencang,Pokok Cili Tumbang Lagi. Adoi!

Imej
Salam, Baru semalam kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan kebun ini dilakukan. Hari ni pula tetiba sahaja hujan berserta angin turun dengan lebatnya menyebabkan banyak pokok cili yang tumbang. Haraplah dahan-dahan pokok cili tersebut tidak patah macam dulu. Kalau patah, menangislah nampaknya. Dahlah banyak anak-anak cili baru tumbuh.  Inilah risikonya kalau tanam di Polibeg dan kita juga tidak boleh lari dari keadaan persekitaran. Tambahan pula struktur sokongan polibeg ini tak beberapa sesuai. Tetapi nak buat macam mana kan. Semua memerlukan kos untuk tambah baik. Ini dikira syukur kerana model struktur ini lebih baik daripada dahulu. Jadi, nampak gayanya lepas hujan berhenti saya kena buat balik susun atur polibeg. TQ.