Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cilikulai

Pokok Cili - Penyakit Antraknos

Imej
Salam, Hari ni kerja-kerja memetik cili dan juga memilih cili yang telah terkena penyakit Antraknos. Memandangkan cuaca di kuching ketika ini selalu hujan dan keadaannya selalu lembap, maka penyakit mudah menyerang pokok cili.  Gambar di bawah merupakan cili yang telah terkena penyakit Antraknos. Kebiasaannya cili tersebut saya akan dibuang jika keadaannyam sangat teruk dan yang masih boleh dimakan akan digunakan untuk membuat sambal cili.

Pokok Cili, Terung & Kucai @AnjelFarmGarden

Imej
Syukur, akhirnya selepas 3 bulan pokok buah cili, terung dan kucai semakin membesar dengan sihatnya. Harap dapat dijauhi daripada serangan penyakit ataupun serangga sehingga tiba musim menuai.  Pokok Cili Pokok Cili Pokok Cili Pokok Cili Kucai  Cili Padi Thai

Hasil Tuaian Cili Kulai, Minyak dan Padi

Imej
Syukur, Hari ni dapat banyak hasil tuaian cili. Ada cili jenis Kulai, Cili Minyak dan Cili Padi. Antara ketiga-tiga jenis cili ini, yang paling pedas adalah cili padi dan yang tak pedas sangat ialah cili kulai dan Cili Minyak. Kebiasannya Cili padi ini digunakan untuk membuat sambal, manakala cili Kulai dan Cili Minyak untuk dibuat sayur atau sebagai perhiasan pada masakan.  Kebiasannya saya akan gunakan cili ini untuk membuat sambal dan selebihnya saya akan jual dengan kawan-kawan. Tetapi buat masa sekarang banyak cili saya yang telah masak berbanding sebelum ini. Jadi saya tak ada pilihan, kali ini saya mencuba untuk menjual di kedai-kedai pula. Setiap pek saya jual dengan harga RM2.00. Harap-harap adalah orang membeli dan support local cili ini. TQ. 

Pokok Cili kulai terkena Layu Bakteria

Imej
Salam dan selamat pagi. Beginilah keadaan kebun Anjel Farm di awal permulaan tahun 2020 ini. Banyak pokok pokok cili kulai telah terkena penyakit disebabkan faktor cuaca hujan yang berterusan sejak akhir tahun lalu.  Kalau dikira ada 9 pokok cili yang perlu dibuang bagi mengelak penyakit daripada berjangkit ke pokok yang lain. Semua pokok cili perlu dicabut dan dibuang. Manakala buah yang ada perlu dipetik dan seterusnya pokok tersebut harus dibakar atau dibuang jauh dari pokok cili yang sihat. Semasa saya mencabut pokok cili yang berpenyakit, terdapat bintik bintik putih di bahagian akar pokok tersebut. Ini bermakna penyakit layu bakteria telah menyerang pokok cili dan menyebabkan daun berwarna kuning dan pokok kelihatan layu. Kalau nak tahu lebih lanjut,sila lihat gambar di bawah. 

Hasil Cili Merah Besar memberangsangkan

Imej
Hari ini bermulalah kerja mengutip buah cili merah besar yang baru ditanam lebih kurang 3 bulan yang lepas. Cili Merah Sakata 461. Buahnya panjang iaitu 8-9 inchi dan beratnya sekitar 25-30gm. Hasilnya memang memberangsangkan jika ditanam dan dijaga dengan baik. Terasa usaha dan titik peluh selama ini membuahkan hasil walaupun hanya menggunakan kaedah manual. Buahnya cantik dan berkilat dan bebas daripada serangan penyakit. Lepas ini boleh dijual kepada pelanggan tetap Anjel Farm Kuching. 

Tahukah anda apa jenis cili ini?

Imej
Pagi tadi tiba-tiba Makcik Cina sebelah rumah panggil. Ingatkan apa, rupa-rupanya dia bagi satu biji cili merah ini untuk ditanam di kebun saya. Katanya cili ini sedap dimakan dan sesuai untuk masakan seperti mee goreng kerana rasanya tidak terlalu pedas. Bila ditanya cili ini jenis apa, katanya dia pun tak tahu..hihihi. Maklumlah sesetengah pembeli manalah tahu cili jenis apa yang dijual di pasar/ pasaraya. Yang mereka tahu cili padi dan cili besar sahaja.  Saya sendiri pada mulanya pun tidak pasti apakah jenis cili ini. Kalau dilihat dari segi fizikal, saiznya kecil dan warnanya merah tapi bukan berkilat. Dalam fikiran ini hanya satu sahaja iaitu mungkin cili solok. Tapi biasanya cili solok bersaiz besar.  Bagi anda pula? Cili ini jenis apa?

Hasil Pokok Cili Kulai

Imej
Akhirnya, masa ditunggu-tunggu, buah Pokok Cili Kulai di Anjel Farm telah pun masak dan boleh dituai. Jika dilihat warnanaya amat menarik dan kelihatan segar sekali.  Kalau nak tahu, Cili kulai ini rasanya memang pedas dan rasa rangup bila dimakan. Panjang buah adalah sekitar 8-10 cm serta berat buah 7-10g/biji. Ianya juga boleh disimpan dalam tempoh yang agak lama. Kebanyakan pelanggan yang membeli cili di Anjel Farm Kuching ini amat menyukai cili kulai ini untuk tujuan pengunaan segar/ masakan harian. Diharapkan Anjel Farm Kuching dapat berkembang lagi dari semasa ke semasa. Terima kasih. 

Pokok Cili Kulai Merah Besar Tumbang

Imej
Hati mana tak sedih bila melihat banyak pokok cili kulai tumbang ditiup angin petang tadi. Hujan dan angin kencang yang berlaku tidak sampai 5 minit memberi kesan yang teruk pada pokok cili. Banyak dahan-dahan pokok yang telah patah. Nasib baik buah pokok cili ini belum lagi masak. Kalau tidak memang amat merugikan.. Lepas ini memang kena fikirkan lagi cara untuk membuat sokongan pokok cili dari tumbang. Maklumlah kan baru mula berjinak-jinak tanam cili ni. Nak beli peralatan sokongan pun kena banyak fikir juga sebap melibatkan kos. Jumlah keseluruhan pokok cili yang ada di Anjel Farm kuching adalah sejumlah 32 Pokok. Setakat ini pokok hidup dengan subur dan bebas dari jangkitan penyakit. Harapnya lepas ini ada jalan penyelesaian untuk atasi masalah ini.