Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel daunketumbar

Hasil tuaian sayur-sayuran (Terung, Ketumbar, Kucai & Tomato)

Imej
Salam, Syukur hari ini dapat hasil tuaian dari AnjelFarmGarden iaitu terung bulat, daun ketumbar, kucai dan tomato. Dengan adanya bahan-bahan ini, hari ini saya akan membuat masakan kari Ayam.  Begitulah tuan/puan memang tidak rugi jika kita menaman sendiri sayur-sayuran kerana ia bukan sahaja bebas daripada racun kimia tetapi dapat menjimatkan duit perbelanjaan dapur. Nak memasak dalam kadar yang banyak pun tiada masalah. 

Pokok Daun Ketumbar vs Daun Sup

Imej
Salam sejahtera para pembaca. Di sini ingin saya kongsikan mengenai dua jenis daun herba yang mempunyai bau atau aroma yang wangi dan sering digunakan sebagai bahan perisa dan penambah rasa dalam hidangan iaitu Daun Sup dan Daun Ketumbar. Daun sup biasanya digunakan dalam masakan yang memerlukan rasa yang lebih halus dan lembut, manakala ketumbar lebih sesuai digunakan dalam hidangan yang memerlukan rasa yang lebih kuat.  Saya kebiasannya akan menggunakan daun ketumbar dalam masakan berkari seperti kari ikan dan kari ayam. Biasanya saya akan potong halus-halus daunnya dan taburkan pada lauk kari tersebut apabila telah masak. Oleh itu, saya akan sentiasa memastikan daun sup ketumbar ini sentiasa ada di rumah. Walaupun tidak banyak, cukuplah sekadar dapat digunakan dalam masakan pada hari tersebut. Gambar di bawah adalah daun ketumbar yang ditanam di AnjelFarmGarden. Manakala di bawah pula dalah perbezaan antara Daun Sup dan Daun Ketumbar.  Memahami beza daun ketumbar dan daun s...