🌈🌈❤❤
Adakah anda mengenali Sayur Bunga Pagoda? Saya pasti ramai diantara kita tidak pernah menjumpai Sayur pagoda ini bahkan tidak tahupun kewujudan sayur ini.
Begitu juga saya kerana hari ini adalah pertama kali saya mengenali dan membeli sayur Pagoda Cauliflower di supermarket. Bentuknya yang unik seperti menara spiral berlapis-lapis seperti pagoda, dengan corak geometri semua jadi menjadi tarikan dan nampu menawan hati kita untuk membeli bagi merasa sayur tersebut walaupun harga nya mahal iaitu RM12.00 sekilo.
Menurut makcik yang saya jumpa di supermarket hari ini, Sayur Pagoda ini boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti:
- Tumis Bawang Putih
- Masak Lemak
- Goreng Rangup
- Masakan suo
- Stir Fry Cina Style.
Di bawah ditunjukkan rupa bentuk Sayur pagoda tersebut.
Kepada mereka yang baru tahu sayur ini bolehlah mencuba.
❤❤🅟🅐🅖🅞🅓🅐