Rabu, 24 Jun 2020

Khasiat bunga mawar yang kita tidak tahu!

Salam,

Hari ini pepagi lagi saya terhidu bau yang harum dan wangi dari kebun bunga Anjel Farm. Di fikiran saya sudah pastinya bau wangi ini datangnya dari Pokok bunga Rose. 

Sangkaan saya memang betul sekali. Terdapat banyak kuntum bunga yang sudah mekar. Saya apalagi mulalah memetik semua kuntum bunga yg mekar tadi. Tujuannya dipetik adalah untuk di keringkan, kerana bunga rose ini mempunyai banyak manfaat/ khasiat kepada kita jika direndam dan diminum airnya. 

Oleh sebab itulah saya sayang dan sangat suka sangat bunga rose ini walaupun mempunyai banyak duri pada batang pokok ini. Kalau anda nak tahu berikut adalah khasiat bunga rose:
  1. Mencium bau bunga rose dapat membuatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa. 
  2. Menenangkan ketegangan saraf dan emosi.
  3. Merawat jangkitan pada mata.
  4. Menghilangkan sakit kepala dan pening.
  5. Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen. Sebagai awet muda. 
  6. Merawat cirit-birit
  7. Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka, terbakar, ruam dan ekzema. 




Jumaat, 19 Jun 2020

Jual Buah Cili


Salam, 

Syukur rezeki hari ini mendapat hasil tuaian cili yang banyak setelah menunggu beberapa hari untuk dituai. Beberapa hari ini juga kerja-kerja membersihkan kebun dan membuang pokok-pokok cili yang telah tua untuk diganti dengan yang baru.

Jadi, petang tadi bermulalah kerja-kerja membungkus cili untuk dijual di kedai-kedai dan kepada kawan-kawan. Sepeket dijual dengan harga RM2.00. Ada cili Hijau, Cili Besar dan Cili Padi untuk dijual. Kepada yang berminat untuk membeli boleh hubungi saya. Tetapi untuk warga Kuching sahajalh ya. Cili Fresh dari Kebun Anjel Farm.

Terima Kasih.






Manfaat Sayur Kale yang perlu anda tahu!


Saya pasti ada diantara kita tidak pernah mengenal apa itu sayur kale? Ataupun tidak pernah memakan sayur kale? kepada yang tidak kenal, gambar di bawah adalah sayur kale yang ditanam di Anjel Farm

Sayur ini sebenarnya sayuran dalam kumpulan kubis seperti brokoli dan sawi. Kale mengandungi kandungan gizi yang sangat tinggi dan bermanfaat bagi tubuh. Khasiat sayur kale adalah untuk:
  1. Membantu mencegah penyakit kanser payudara kerana kale mengandungi zat yang disebut sulforaphane. Zat ini dapat melambatkan pertumbuhan kanser paudara. 
  2. Baik untuk kesihatan jantung keranan mengandungi Vitamin K.
  3. Menjaga Kesihatan mata kerana mengandungi vitamin A yang baik untuk kesihatan mata, meningkatkan kekebalan tubuh, dan berperanan dalam pembentukan sel badan. 
  4. Kandungan Kalsium yang banyak berbanding susu untuk meningkatkan kesihatan tulang 

Sayur Kale


Sekian perkongsian saya hari ini, semoga bermanfaat. 


Ahad, 14 Jun 2020

Hasil Kacang Panjang Renek


Hari ni pepagi lagi saya menjenguk sayur kacang panjang renek di kebun. Hati berbunga riang bila melihat kacang panjang renek hidup subur dan hasilnya boleh dituai. Walaupun hanya 4 polibeg yang ditanam, tetapi hasilnya memang memuaskan. Kalau dibandingkan dengan yang ditanam sebelum ini, ketinggian pokok kali ini adalah lebih tinggi, daunnya pula bersaiz besar, warna kehijauan dan cantik. Hati kita pun merasa puas dengan hasil tanaman titik peluh sendiri.

Oleh itu, untuk mendapat hasil tanaman yang subur dan puas hati bukannya mudah. Semuanya memerlukan kesabaran, keyakinan dan semangat untuk mencapai apa yang kita inginkan. Yang penting jangan mudah berputus asa sekiranya kita gagal. Kita perlu berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki kegagalan.

Di bawah adalah gambar kacang panjang renek di Anjel Farm Kuching. Pokok kacang panjang renek ini berusia 35 hari. Syukur, ianya memberikan hasil yang banyak. Saya suka makan sayur kacang panjang ini ketika masih muda kerana sedap dimakan dan keenakan rasa ranggup dan segar dari isi kacang panjang. Memang amat berbaloi sekiranya kita tanam sendiri daripada membeli di mana mana pasar harian, kedai runcit dan pasaraya.

Tunggu apa lagi? Marilah bersama-sama kita berkebun. WhatsApp 012-4731210 untuk membeli biji Kacang Panjang Renek. Terima Kasih.










Artikel Berkaitan