Ahad, 22 September 2019

Wajah Kebun Mini Terkini

Syukur tuhan, Anjel Agro Farm kini telah maju ke setapak lagi. Memandangkan banyak permintaan dari pembeli cili, saya telah menambahkan lagi bilangan pokok yang kini telah bertambah dari 62 pokok kepada 120 pokok. Kerja-kerja sokongan pokok juga telah dilakukan atas pertolongan dari suami saya. 

Diharapkan dengan bertambahnya bilangan pokok cili ini, ia mampu mendatangkan hasil yang banyak serta dapat memberi hasil cili yang segar setiap hari kepada pembeli.









Jumaat, 20 September 2019

Pokok Cili Solok

Tentu ramai yang biasa makan cili solok atau lada solok namun tidak ramai yang biasa tengok pokok cili solok. Maklumlah, pokok cili solok kebiasannya banyak ditanam di negeri pantai timur sahaja iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Cili solok kurang pedas berbanding cili merah yang lebih pedas. Cili ini biasanya popular digunakan dalam penyediaan makanan yang disebut "Solok Lada". 

Di Anjel farm, saya ada menanam cili solok. Benih cili solok tersebut adalah dari buah yang telah masak. Hati ini berbunga-bunga apabila melihat hasil biji cili solok yang begitu memberangsangkan. Buahnya besar dan juga berat berbanding cili merah biasa.