MINI PINK ROSE DI TAHUN 2026 DAN TIPS PENJAGAANNYA
Video di bawah adalah Mini Pink Rose Flower yang baru 3 bulan bertapak di AnjelFarmGarden pada tahun 2026. Saiz bunga dan daun adalah sangat kecil serta sesuai ditanam di dalam pasu atau kawasan halaman yang terhad. Semasa saya membeli anak pokok ini di kedai bunga saiznya adalah kecil dan harapan untuk hidup adalah hanya 45% sahaja pada ketika itu. Mujur saya ada pengalaman dalam menjaga anak pokok Mini Red Rose, akhirnya pokok Mini Pink Rose ini hidup subur dan terus berbunga dengan sihat. Pokok ini sebenarnya sukar dijaga kerana saiznya yang kecil sangat sensitif pada cuaca dan juga penjagaannya yang rumit. Jika kita tidak dijaga dengan betul, pastinya tidak akan hidup. Bukan itu sahaja, sifat kesabaran dalam diri kita juga perlu ada untuk memastikan ianya hidup dengan lebih lama. Berikut adalah Tips Penjagaan Mini Pink Rose yang selalu saya amalkan dan ianya sama juga dengan cara penjagaan bunga mawar yang lain. 5 perkara yang penting kita ambil tahu ialah: 1) Meme...