Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel seranganpenyakit

Serangan Penyakit Antraknos pada Cili

Imej
Salam. Hari ini saya berkesempatan untuk meninjau keadaan cili di kebun setelah beberapa hari hujan melanda di Bandar Kuching ini. Apabila diperhatikan, cili padi dan cili kulai berada dalam keadaan sihat. Tetapi apabila sampai di baris Cili Minyak, betapa terkejutnya saya melihat banyak buah cili hijau yang belum lagi masak telah dijangkiti penyakit iaitu Antraknos atau bintik berpusar. (Lihat gambar di bawah). Apabila dituai dan ditimbang lebih kurang 1 Kilo yang terkena penyakit ini. Betapa sedihnya bila melihat banyak cili yang berpenyakit. Bukan itu sahaja, malah membawa kerugian kerana tidak mencapai hasil tuaian yang optimum. Ingin saya kongsikan serba sedikit mengenai penyakit ini. Mudah mudahan dapat dijadikan rujukan kepada kita semua. Penyakit: Antraknos atau bintik berpusar Bahagian diserang: Buah Simptom:  Bintik berpusar berwarna hitam pada buah. Biasanya saiz bintk 3-4cm garis pusat pada buah cili. Jika jangkitan pada bahagian daun, simpton ialah bintik-b...

Pokok Cili kulai terkena Layu Bakteria

Imej
Salam dan selamat pagi. Beginilah keadaan kebun Anjel Farm di awal permulaan tahun 2020 ini. Banyak pokok pokok cili kulai telah terkena penyakit disebabkan faktor cuaca hujan yang berterusan sejak akhir tahun lalu.  Kalau dikira ada 9 pokok cili yang perlu dibuang bagi mengelak penyakit daripada berjangkit ke pokok yang lain. Semua pokok cili perlu dicabut dan dibuang. Manakala buah yang ada perlu dipetik dan seterusnya pokok tersebut harus dibakar atau dibuang jauh dari pokok cili yang sihat. Semasa saya mencabut pokok cili yang berpenyakit, terdapat bintik bintik putih di bahagian akar pokok tersebut. Ini bermakna penyakit layu bakteria telah menyerang pokok cili dan menyebabkan daun berwarna kuning dan pokok kelihatan layu. Kalau nak tahu lebih lanjut,sila lihat gambar di bawah. 

Buah Cili terkena Serangan Lalat Buah

Imej
Hari ini bermulalah aktiviti mengutip buah cili yang rosak akibat serangan Lalat Buah. Maklumlah cuaca yang tidak menentu (hampir 2 minggu hujan) sepanjang musim tengkujuh ini menyebabkan pokok cili mudah diserang Hama Lalat Buah. Bila dikumpul, terdapat banyak buah cili yang tekena serangan Lalat Buah ini. (Lihat Gambar 1).  Di bawah ini saya ceritakan serba sedikit/ ringkasan tentang Lalat Buah hasil daripada sumber/bacaan rujukan.  Lalat Buah (Fruit Fly) merupakan sejenis serangga perosak banyak tanaman seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang kesannya menyebabkan kerugian kepada para petani. Lalat Buah lazimnya akan aktif pada waktu pagi antara 8-10 pagi dan pada waktu petang antara pukul 5-7 petang bergantung kepada keadaan cuaca. Lalat buah menyerang dengan menyegat atau menyutik telur pada buah (Gambar 2).  Kebiasannya serangan lalat buah terjadi pada buah cili yang masih hijau (muda). Gejala boleh dilihat pada tangkai buah, yang mana hujug buah atau...