Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kebunmini hobi

Wajah Kebun Mini Terkini

Imej
Syukur tuhan, Anjel Agro Farm kini telah maju ke setapak lagi. Memandangkan banyak permintaan dari pembeli cili, saya telah menambahkan lagi bilangan pokok yang kini telah bertambah dari 62 pokok kepada 120 pokok. Kerja-kerja sokongan pokok juga telah dilakukan atas pertolongan dari suami saya.  Diharapkan dengan bertambahnya bilangan pokok cili ini, ia mampu mendatangkan hasil yang banyak serta dapat memberi hasil cili yang segar setiap hari kepada pembeli.

Membersihkan Tanah untuk Kebun Mini

Imej
Hari ini bermulalah aktiviti projek kebun mini Di belakang rumah saya. Maklumlah sudah lama tidak berjinak-jinak dalam dunia perkebunan semenjak lepasan SPM dahulu. Agak-agaknya dalam 16 tahun yang lepas. Saya masih ingat lagi pada tahun 2003, ketika itu masih Di bangku sekolah, saya selalu membantu ibu bapa saya dalam aktiviti perkebunan. Keluarga kami mengusahakan kebun koko, kebun getah dan juga sawah padi. Melalui pengalaman itulah saya mula memahami bagaimana erti penat dan payahnya dalam dunia perkebunan. Adakalanya saya terfikir juga untuk menjadi petani moden setelah mengetahui terdapat mesin-mesin yang boleh membantu dalam aktiviti perkebunan. Akan tetapi niat itu dilupakan memandangkan saya tidak sanggup berdepan dengan bahang kepanasan. Hanya mereka yang cekal dan tabah sahaja yang boleh melakukannya. Tambahan pula, ketika itu sistem fetigasi belum diperkenalkan lagi. Berbalik kepada aktiviti projek kebun mini saya, projek ini adalah untuk saya mempelajari tentang selok ...