Selasa, 15 Mei 2018

Buah Tomato Masak dan Berpenyakit

Salam, 

Hari ini menjenguk tanaman Pokok Tomato. Nampak dari jauh ada beberapa biji tomato yang telah masak. Rasa teruja kerana inilah kali pertama tanaman tomato saya menjadi. Tapi apabila saya melihat buah yang belum masak, saya dapati ada beberapa biji buah yang telah rosak di bahagian hujungnya yang mana hujung buah berwarna hitam keras. Rasa betul-betul sayang sekali bila lanya terkena penyakit. Kalau hanya 1 atau 2 biji tak apa juga kan, ini banyak pula buah yang masih muda terkena.   

Oleh kerana ingin mengetahui kenapa terjadinya masalah pada buah ini, saya telah mencari maklumat berkaitan dengan penyakit ini. Maklumlah kan baru kali pertama menanam buah Tomato hasil tangan sendiri. 

Saya harap dengan maklumat yang saya kongsikan ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan dan rujukan dan kepada kita semua.

Penyakit: Penyakit Reput Hujung Buah
Bahagian diserang: Buah

Simptom:
  • Hujung Buah berwarna hitam keras

Cara dan masajangkitaan:
  • Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan Zat Kalsium iaitu pokok kekeringan ketika buah membesar dan menyebabkan akar muda rosak. 
  • Keadaan ini menyebabkan penyerapan nutiren kalsium dan kalium tidak seimbang. 
  • Kesannya, buah akan rosak di bahagian hujung yang mana pada mulanya hujung tersebut menjadi perang dan akhirnya berwarna hitam keras.

Kaedah pengawalan:
  • Langkah-langkah pencegahannya ialah kutip buah dan buang buah yang menunjukkan tanda reput 
  • Pastikan pokok sentiasa disiram selalu supaya tidak kekeringan.






Sabtu, 5 Mei 2018

Hasil Tuaian Selepas 3 Bulan

Hari ni pokok pokok tanaman d kebun mini ku sudah memasuki usia 3 bulan. Sudah tiba masanya untuk menuai hasil tanaman di kebun miniku.

Syukur, walaupun hasil tak banyak tapi cukup untuk lauk pada hari ini. Tak payah nak pergi ke pasar beli lauk sayur. Cuma, kelemahannya bentuk dan saiz sayur saya ni tak seperti yang dijual di pasar. Saiz tak cukup besar dan cantik. Biasalah kan untuk permulaan berkebun ni. Tak cukup pengalaman lagi.  Namum saya berbangga sebap akhirnya dapat juga merasa hasil tanaman yang ditanam sendiri. Maklumlah, sebelum ini tak pernah pun bermain dengan tanah. Hanya bermain dengan keyboard sahaja. Hihi.

Macam yang saya pernah bagitau dulu, saya menaman sayur seperti:

1) Pokok Terung Bulat
2) Kacang Bendi
3) Kacang buncis
4) Kacang Panjang Renek
5) Tomato
6) Cili besar

Kat bawah ni hasil tanaman yang saya petik untuk hari ni. Ada Terung Bulat, Kacang Bendi, Kacang Buncis, Kacang Panjang Renek.