Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pokokcili

Pokok Cili Tumbang

Imej
  Salam, Pagi ini terasa sejuk sekali maklumlah hujan lebat turun dengan angin yang kencang malam tadi. Di fikiran pula tiba-tiba teringat akan tanaman cili di belakang rumah. Harap semuanya berada dalam keadaan yang baik. Biasa nya kalau bulan Julai memang cuaca di kuching ini akan selalu hujan berterusan dan ini akan membuatkan  banyak tanaman mudah dijangkiti penyakit. Dalam hati ini berharap agar semua tanaman tiada yang rosak dan tumbang. Selepas membersihkan diri, saya dengan langkah lajunya menuju ke halaman belakang rumah. Alangkah sedihnya dalam hati kerana hampir kesemua pokok cili saya tumbang. Dan ini akan mengambil masa seharian di kebun untuk mengatur semula alat sokongan pada pokok-pokok yang tumbang.  Sila lihat gambar di bawah. Sedih bila melihat pokok cili seperti ini tumbang. Dahan-dahannya pula ada yang patah. Begitulah risiko yang perlu kita hadapi jika membuat tanaman fetigasi jenis terbuka. Apa-apapun kita kena bersedia untuk menghadapinya.

Membuat Cili Kisar

Imej
Salam,  Selamat hujung minggu sahabat sekalian. Pagi ni terasa segar sekali apabila melihat matahari mula muncul setelah beberapa hari cuaca selalu mendung dan diikuti hujan.  Tanaman di halaman belakang pun kelihatan segar dan subur. Kebiasannya pada hujung minggu terutamanya hari Ahad saya akan menyediakan bahan-bahan asas memasak untuk digunakan selama seminggu seperti mengupas bawang merah, bawang putih, mengisar halia dan juga membuat pes cili boh. Bahan-bahan ini saya akan sediakan awal-awal supaya mudah untuk digunakan dan menjimatkan masa.  Memandangkan banyak cili yang telah saya simpan hasil daripada serangan penyakit 2 hari yang lepas, maka hari ini saya kan membuat cili kisar homemade. Cara saya membuat cili kisar ialah dengan memasukkan sedikit minyak dan bawang putih. Kemudian kisar sehingga halus. Gambar adalah seperti di bawah. 

Pokok Cili - Penyakit Antraknos

Imej
Salam, Hari ni kerja-kerja memetik cili dan juga memilih cili yang telah terkena penyakit Antraknos. Memandangkan cuaca di kuching ketika ini selalu hujan dan keadaannya selalu lembap, maka penyakit mudah menyerang pokok cili.  Gambar di bawah merupakan cili yang telah terkena penyakit Antraknos. Kebiasaannya cili tersebut saya akan dibuang jika keadaannyam sangat teruk dan yang masih boleh dimakan akan digunakan untuk membuat sambal cili.

Sistem Sokongan Pokok Cili.

Imej
Salam semua. Beberapa hari ini saya sibuk sedikit dengan kerja kerja membuat sistem sokongan pada semua pokok cili yang ada di AnjelFarmGarden . Meskipun sudah dibuat sistem sokongan menggunakan kayu sebelum ini, dahan pokok cili tetap patah juga apabila ditiup angin kencang. Selepas mengkaji apa sistem sokongan yang sesuai untuk pokok cili, kali ini saya memilih untuk menggunakan kaedah sistem sokongan tali iaitu tali diikat pada setiap dahan pokok cili yang mempunyai bebanan yang berat. Syukur dalam 2 hari ini juga, dahan pokok cili tidak patah seperti sebelum ini. Inilah hasil sistem sokongan yang Saya gunakan pada Pokok cili. Walaupun tidak beberapa kemas di pandangan mata, sekurang kurangnya Saya dapat juga belajar teknik penanaman yang baru.

Fresh chili at AnjelFarmGarden

Imej
Syukur, hasil kutipan cili hari ini. Ada yang telah masak ada yang masih hijau.  # Thank You customer for buying with us! #Fresh from Anjel Farm Garden! #Chili for sale!

Hasil penangan hujan dan ribut@AnjelFarmGarden

Imej
Hari ini terasa down sangat-sangat. Rasa nak menangis pun ada. Inilah hasil penangan hujan dan ribut malam tadi. Hati siapa yang tidak sedih, kebanyakan dahan buah cili yang lebat dan besar yang patah. Memang dugaan sungguh kali ini. Lepas ini kena fikirkan macam mana cara terbaik untuk kukuhkan lagi sokongan pokok cili selain menggunakan kayu. Maklumlah kan baru mula belajar bab cili fetigasi ini. Banyak benda lagi kena belajar.

Pokok Cili, Terung & Kucai @AnjelFarmGarden

Imej
Syukur, akhirnya selepas 3 bulan pokok buah cili, terung dan kucai semakin membesar dengan sihatnya. Harap dapat dijauhi daripada serangan penyakit ataupun serangga sehingga tiba musim menuai.  Pokok Cili Pokok Cili Pokok Cili Pokok Cili Kucai  Cili Padi Thai

Video Cili Merah Big Johor 1033

Imej
Salam Semua! Mari saksikan video pendek Cili Merah Big Johor 1033 @ Anjel Farm. # Please Like & Subscribe  **Terima Kasih

Jual Cili lagi...Syukur rezeki.

Imej
Syukur, rezeki untuk hari ini. Walaupun hasil tuaian cili tidak banyak kali ini, tetapi ia memberi kepuasan kepada diri saya sendiri. Hari ini terdapat tiga (3) bungkus Cili Padi Thai hasil keluaran Anjel Farm telahpun di packing untuk dijual ke kedai yang berdekatan. Bagi yang ingin mencuba rasa kepedasan cili Padi Thai ini, datanglah ke kedai kami.   Cili yang dijual ialah: 1) Cili Padi Thai 2) Cili Padi Sakata 3) Cili Minyak 5) Cili Burung

Jual Buah Cili

Imej
Salam,  Syukur rezeki hari ini mendapat hasil tuaian cili yang banyak setelah menunggu beberapa hari untuk dituai. Beberapa hari ini juga kerja-kerja membersihkan kebun dan membuang pokok-pokok cili yang telah tua untuk diganti dengan yang baru. Jadi, petang tadi bermulalah kerja-kerja membungkus cili untuk dijual di kedai-kedai dan kepada kawan-kawan. Sepeket dijual dengan harga RM2.00. Ada cili Hijau, Cili Besar dan Cili Padi untuk dijual. Kepada yang berminat untuk membeli boleh hubungi saya. Tetapi untuk warga Kuching sahajalh ya. Cili Fresh dari Kebun Anjel Farm. Terima Kasih.

Serangan Penyakit Antraknos pada Cili

Imej
Salam. Hari ini saya berkesempatan untuk meninjau keadaan cili di kebun setelah beberapa hari hujan melanda di Bandar Kuching ini. Apabila diperhatikan, cili padi dan cili kulai berada dalam keadaan sihat. Tetapi apabila sampai di baris Cili Minyak, betapa terkejutnya saya melihat banyak buah cili hijau yang belum lagi masak telah dijangkiti penyakit iaitu Antraknos atau bintik berpusar. (Lihat gambar di bawah). Apabila dituai dan ditimbang lebih kurang 1 Kilo yang terkena penyakit ini. Betapa sedihnya bila melihat banyak cili yang berpenyakit. Bukan itu sahaja, malah membawa kerugian kerana tidak mencapai hasil tuaian yang optimum. Ingin saya kongsikan serba sedikit mengenai penyakit ini. Mudah mudahan dapat dijadikan rujukan kepada kita semua. Penyakit: Antraknos atau bintik berpusar Bahagian diserang: Buah Simptom:  Bintik berpusar berwarna hitam pada buah. Biasanya saiz bintk 3-4cm garis pusat pada buah cili. Jika jangkitan pada bahagian daun, simpton ialah bintik-b...

Kebaikan dan Manfaat Makan Cili

Imej
Sememangnya kita tahu cili mempunyai bermacam-macam jenis iaitu cili hijau, merah, cili Api, cili burung dan lain-lain. Tetapi tahukah anda, apa kebaikan dan manfaat cili pada kesihatan kita.  Berikut adalah kebaikan dan manfaat memakan cili:   1)  Menyihatkan Jantung Cili dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan juga dapat mengelak daripada risiko serangan jantung dan strok. 2)  Menjaga Mood (Penyenang Fikiran dan Jiwa) Cili dikatakan dapat menenangkan fikiran dan jiwa kerana hormon endorfin yang dikeluarkan oleh otak dapat memberi nikmat, ketagihan dan menaikan selera walaupun ianya pedas.            3)  Menghilangkan Gejala Selesema Cili dapat melegakan hidung yang tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga berfungsi mengembangkan saluran udara paru-paru dan mengurangkan asma. 4)  Menurunkan berat badan Cili dipercayai dapat membantu menurunkan berat badan kerana cili dapat meningkatkan kadar metabolisme ...

Anak Pokok Cili Sakata F1 Hybrid 508

Imej
Salam bertemu lagi. Masih teringat lagi tak beberapa minggu yang lepas saya ada tunjukkan anak pokok cili padi Sakata F1 Hybrid 508 yang berusia 12 hari. So, pejam celik anak pokok cili tersebut telah pun berusia 4 minggu. Gambar di bawah adalah anak pokok yang telahpun saya pindahkan ke Polibeg. Kalau dikira ada 24 Polibeg kesemuanya. Haraplah kesemua anak pokok ini tumbuh dengan subur dan sihat. Bukan apa perjalanannya ke peringkat matang masih jauh lagi. So, kita kena jaga sebaik-baiknya. Pautan Berkaitan Semai Cili Padi Sakata F1 Hybrid 508

Angin bertiup kencang,Pokok Cili Tumbang Lagi. Adoi!

Imej
Salam, Baru semalam kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan kebun ini dilakukan. Hari ni pula tetiba sahaja hujan berserta angin turun dengan lebatnya menyebabkan banyak pokok cili yang tumbang. Haraplah dahan-dahan pokok cili tersebut tidak patah macam dulu. Kalau patah, menangislah nampaknya. Dahlah banyak anak-anak cili baru tumbuh.  Inilah risikonya kalau tanam di Polibeg dan kita juga tidak boleh lari dari keadaan persekitaran. Tambahan pula struktur sokongan polibeg ini tak beberapa sesuai. Tetapi nak buat macam mana kan. Semua memerlukan kos untuk tambah baik. Ini dikira syukur kerana model struktur ini lebih baik daripada dahulu. Jadi, nampak gayanya lepas hujan berhenti saya kena buat balik susun atur polibeg. TQ.

Hasil Tuaian Cili Kulai, Minyak dan Padi

Imej
Syukur, Hari ni dapat banyak hasil tuaian cili. Ada cili jenis Kulai, Cili Minyak dan Cili Padi. Antara ketiga-tiga jenis cili ini, yang paling pedas adalah cili padi dan yang tak pedas sangat ialah cili kulai dan Cili Minyak. Kebiasannya Cili padi ini digunakan untuk membuat sambal, manakala cili Kulai dan Cili Minyak untuk dibuat sayur atau sebagai perhiasan pada masakan.  Kebiasannya saya akan gunakan cili ini untuk membuat sambal dan selebihnya saya akan jual dengan kawan-kawan. Tetapi buat masa sekarang banyak cili saya yang telah masak berbanding sebelum ini. Jadi saya tak ada pilihan, kali ini saya mencuba untuk menjual di kedai-kedai pula. Setiap pek saya jual dengan harga RM2.00. Harap-harap adalah orang membeli dan support local cili ini. TQ. 

Semai Cili Padi Sakata F1 Hybrid 508

Imej
Salam, Hari ini rasa teruja bila melihat anak pokok cili padi Sakata F1 Hybrid 508 yang saya semai beberapa minggu yang lepas tumbuh dengan sihat sekali. Kalau dikira, anak pokok ini baru berusia 12 hari. Benih cili ini saya beli dengan harga RM40 sepeket. Benih ini dikatakan berasal dari Indonesia dan diperbuat Di Jepun. Saya memilih untuk mencuba menaman pokok cili ini kerana ia bukan sahaja mempunyai rasa pedas dan sesuai digunakan untuk masakan, tetapi dikatakan senang ditanam di iklim Malaysia dan mempunyai daya tahan serangan penyakit yang tinggi. Di samping itu, pokok cili ini juga mampu mengeluarkan hasil yang lebat.  Saiz buah cili ini adalah 7.5 -8.0 cm panjang, 1.0 - 1.2cm diameter, 2.5 -3.0gram/biji berat. Diharapkan anak pokok ini dapat membesar dengan sihat dan dapat mengeluarkan hasil yang lumayan.

Pokok Cili kulai terkena Layu Bakteria

Imej
Salam dan selamat pagi. Beginilah keadaan kebun Anjel Farm di awal permulaan tahun 2020 ini. Banyak pokok pokok cili kulai telah terkena penyakit disebabkan faktor cuaca hujan yang berterusan sejak akhir tahun lalu.  Kalau dikira ada 9 pokok cili yang perlu dibuang bagi mengelak penyakit daripada berjangkit ke pokok yang lain. Semua pokok cili perlu dicabut dan dibuang. Manakala buah yang ada perlu dipetik dan seterusnya pokok tersebut harus dibakar atau dibuang jauh dari pokok cili yang sihat. Semasa saya mencabut pokok cili yang berpenyakit, terdapat bintik bintik putih di bahagian akar pokok tersebut. Ini bermakna penyakit layu bakteria telah menyerang pokok cili dan menyebabkan daun berwarna kuning dan pokok kelihatan layu. Kalau nak tahu lebih lanjut,sila lihat gambar di bawah. 

Harga Cili Jatuh November 2019

Imej
Hari ini terkejut dapat berita dari kawan mengenai harga cili jatuh dari kebiasaannya. iaitu RM 3.00 untuk cili padi, RM 2.00 untuk Cili Besar. Terasa pula tempiasnya bila haga cili jatuh. Inilah risiko dalam pertanian. Bila disemak Harga Purata Cili Merah di Laman Web FAMA, rupa-rupanya memang betul harga cili jatuh bermula di peringkat Harga Ladang, Borang dan Runcit. Ini kerana Lambakan cili import di Lambah Kelang mengakibatkan harga borong lebih rendah.  Bagi saya, kerajaan sepatutnya mengawal cili import dari luar negara. Bukan sahaja demi menjaga pekebun local/tempatan, tetapi juga untuk menjaga kesihatan pelanggan dan pengguna cili dari luar. Bukan apa, cili import ini kita tidak tahu bahan-bahan kimia dan bahan pengawet yang berkemungkinan merbahaya kepada kesihatan pengguna. Pengguna juga perlu memainkan peranan dengan tidak membeli cili import ini. Belilah cili tempatan kerana ianya sedikit sebanyak dapat membantu pengusaha cili tempatan yang sedia ada.  ...

Hasil Cili Merah Besar memberangsangkan

Imej
Hari ini bermulalah kerja mengutip buah cili merah besar yang baru ditanam lebih kurang 3 bulan yang lepas. Cili Merah Sakata 461. Buahnya panjang iaitu 8-9 inchi dan beratnya sekitar 25-30gm. Hasilnya memang memberangsangkan jika ditanam dan dijaga dengan baik. Terasa usaha dan titik peluh selama ini membuahkan hasil walaupun hanya menggunakan kaedah manual. Buahnya cantik dan berkilat dan bebas daripada serangan penyakit. Lepas ini boleh dijual kepada pelanggan tetap Anjel Farm Kuching.