Salam.
Selamat bertemu kembali warga pembaca. Maafkan saya kerana telah lama tidak mengemas kini blog saya ini. Baru hari ini saya berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa di hujung minggu ini.
Sebenarnya hampir 2 bulan iaitu bermula bulan Januari hingga pertengahan bulan Februari saya bertungkus lumus menyiapkan projek fertigasi di kebun Anjel farm bersama-sama husband saya. Perlaksanaannya agak lama disebabkan cuaca yang tidak menentu dan ini merupakan sesuatu yang baru kami pelajari. Mujurlah husband saya tahu serba sedikit mengenai kaedah fertigasi, jadi dialah yang membeli dan memasang alat-alat fertigasi ini. Terima kasih kepada YouTube kerana memberi banyak maklumat tentang kaedah fertigasi ini. Tidak lupa juga kepada Shopee kerana menawarkan harga barang peralatan fertigasi yang murah dan berkualiti.
Di sini ingin saya kongsikan hasil projek fertigasi yang telah kami laksanakan. Tidaklah sebesar mana cuma dapat sediakan setakat memenuhi ruang halaman belakang rumah kami. @Anjel Farm. Jika dikira terdapat 70 buah polibeg yang mengandungi tanaman Cili, Terung Panjang dan Kucai. Apapun saya amat berpuas hati dengan sistem fertigasi ini kerana ia amat menjimatkan masa dan memudahkan aktiviti penanaman.