Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bawangdayak

Ramai yang tidak tahu khasiat Bawang Dayak.

Imej
Pernahkan anda mendengar sejenis herba yang dinamakan Bawang Dayak? Saya pasti ramai diantara kita tidak mengenali herba tersebut dan juga tidak pernah melihat bagaimana rupa sebenar Bawang Dayak. Di sini ingin saya kongsikan mengenai apa itu bawang dayak, khasiatnya kepada kita dan juga pantangnya. Selepas mengetahui tentang herba ini, saya pasti anda akan suka dan ingin mencubanya.   Bawang Dayak atau nama saintifiknya ialah Eleutherine palmifolia  atau dikenali juga sebagai Bawang Sabrang atau Bawang Berlian adalah sejenis herba tradisional yang banyak ditemui di wilayah kalimantan, Sarawak dan Sabah. Bawang dayak ini mudah tumbuh dan senang dijaga kerana mudah membiak. Ia berbentuk ubi seperti bawang kecil dan berwarna merah keungguan serta mempunyai bunga berwarna putih. Selain itu daunnya pula berwarna hijau panjang dan tumbuh berumpun. Bawang Dayak kaya dengan  flavonoid, alkaloid, fenol, saponin, tannin, serta antioksidan semulajadi. Manfaat Bawang Dayak: 1. Kes...