Bunga Mawar / Rose

Salam,

Saya pasti ramai diantara kita minat dengan pokok Bunga Mawar / Rose. Walaupun pokok bunga rose tersebut memiliki duri yang tajam, namum amat digemari oleh semua golongan tidak kira muda atau tua.Bahkan ada diantaranya sanggup menghabiskan duit untuk membeli pokok buga tersebut untuk dibuat hiasan rumah dan juga koleksi bunga mawar yang terdiri daripada bermacam-macam warna dan varieti.

Membeli bunga rose adalah senang, tetapi adakah kita sanggup untuk menjaganya?. Ini kerana pokok bunga rose sangat sensitif. Ia memerlukan penjagaan yang kerap dan rapi. Silap penjagaan pastinya pokok tersebut tidak mekar dan mati dan pastinyan kita akan merasa kecewa kerana ia tidak seperti yang kita bayangkan. Oleh itu, sebelum membeli pokok tersebut, terlebih  dahulu kita perlu memperlajari cara-cara penjagaannya dari segi pembajaan, kawalan penyakit, semasa pokok masih kecil hingga tumbuh dewasa.   

Dalam laman ini,saya ingin kongsikan maklumat dan tip penjagaan pokok bunga mawar berdasarkan pengalaman saya.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai pokok mawar yang ada di AnjelFarmGarden, Sila klik link di bawah.