Isnin, 5 Januari 2026

Petik buah Nanas @AnjelFarmGarden

Syukur, permulaan tahun 2026, 1 biji buah nanas MD2 di Anjel Farm Garden yang ditanam dalam pasu selama 14 bulan telahpun matang dan kini boleh dipetik. Rasanya manis dan sedap bila dimakan.

Sebenarnya buah nanas ini adalah mudah untuk ditanam. Kita hanya perlu menggunakan jambul (mahkota) atau sulur nanas sahaja. Kemudian bersihkan jambul tersebut dan biarkan kering di tempat teduh selama 2-3 hari. Untuk ditanam ke dalam tanah pula, pastikan jambul tersebut ditanam sedalam 3 inci ke dalam tanah (atau pasu) dan padatkan tanah di sekelilingnya.

Dari segi penjagaan buah nanas ini sangat mudah kerana ia sukar dijangkit penyakit, siraman kebiasannya saya lakukan sekurang-kurangya 3 kali seminggu dan pembajaan menggunakan baja NPK (15:15:15) mengikut sukatan.


Kalau anda tahu, buah nanas ini mempunyai banyak khasiat iaitu:

  • Meningkatkan Imunisi badan kerana mengandungi Vitamin C dan antioksidan yang tinggi. 
  • Mengatasi dan Mencegah Sembelit
  • Meringankan Radang Usus
  • Meningkatkan Kesihatan Tulang
  • Meningkatkan Kesihatan Kulit
  • Memulihkan Otot dan Luka.
  • Menjaga Kesihatan Mata
  • Membantu Menurunkan Berat Badan.
  • Menjaga Kesihatan Jantung
  • Mempercepat Penyembuhan Luka Operasi dan Cedera
  • Meningkatkan Produksi Sperma
  • Meningkatkan Kesuburan

Oleh itu, kepada mereka yang mempunyai ruang di halaman luar rumah, saya syorkan tanam buah nanas adalah yang terbaik.