Tumbuhan Herba dan Jenis Herba


Tumbuhan Herba bukan sahaja bermanfaat dari segi daunnya, tetapi juga dari akar, bunga, kulit pokok dan bahagian lainnya. Tidak hairanlah pada masa ini hampir setiap orang menggunakan herba sama ada dalam masakan, perubatan dan juga kecantikan.

Di Anjel Farm, beberapa herba boleh didapati seperti:

1) Pokok Bangun Bangun
2) Holy Basil / Thulasi
3) Pudina
4) Aloe Vera
5) Daun Sireh
6) Pokok Moringa
7) Bawang Dayak
8) Pokok Neem


1) Pokok Bangun Bangun

Pokok ini terkenal dengan nama pokok ubat batuk kerana khasiatnya sebagai ubat batuk. Selain itu, menjadi penawar kepada mual mual, sakit kepala dan masalah pencernaan.




2) Holy Basil / Thulasi

Secara ringkasnya, pokok ini juga dikenali sebagai pokok ruku-ruku dan ianya tersangat popular di kalangan masyarakat India. Pokok ini adalah pokok renek kerana ketinggianya tidak terlalu tinggi. Daun pokok ini sering digunakan sebagai ubat melega batuk di kalangan kanak-kanak. Selain itu ia juga membantu melegakan batu karang sekiranya kita mengamalkan meminum jus perahan daunnya berterusan selama 6 bulan, membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan juga menghilangkan gatal sengatan serangga dan juga pacat.

   



3) Pokok Pudina

Pokok Pudina atau Daun pudina lebih dikenali sebagai mint. Ia adalah herba yang selalu dijadikan penambah aroma untuk menyedapkan makanan ataupun minuman. Daun pudina digunakan sebagai penawar bagi penyakit batuk. Selain itu, turut digunakan dalam merawat penyakit berkaitan paru-paru, demam seleema, membuang angin dalam badan, menghilangkan ruam kulit serta dapat menghilangkan tekanan. 




4) Aloe Vera

Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan yang paling banyak khasiat untuk kegunaan luaran ataupun dalaman. Saya percaya hampir setiap rumah mesti ada yang menamam pokok Aloe Vera. Beberapa manfaat atau khasiat dari pokok Aloe Vera adalah seperti:
  1. Tinggi Vitamin dan Mineral
  2. Kaya dengan Asid Amino & Asid Lemak
  3. Membantu dalam sistem pencernaan
  4. Meningkatkan Sistem daya tahan Tubuh
  5. Melembapkan Kulit
  6. Sebagai penyahjangkit Antibakteria, Antivirus dan Antikulat.   




5) Daun Sireh

Daun Sireh adalah salah satu daun herbal yang memiliki banyak manfaat kepada kita dan digunakan berzaman-zaman dahulu. Ianya bukan sahaja digunakan sebagai penyegar mulut dan pembersih kewanitaan tetapi mempunyai banyak khasiatnya seperti:
  1. Bersifat Anti Kanser
  2. Mengubati Diabetis
  3. Sebagai Antiseptik
  4. Meredakan Asma
  5. Meningkatkan kesihatan mulut
  6. Meredakan Sembelit
  7. Menurunkan Kolestrol
  8. Mengubati jerawat dan masalah  
    



6) Pokok Moringa Oleifera/ merunggai/ Daun kelor

Pokok Moringa/ merunggai / Daun kelor merupakan tumbuhan yang berasal dari bahagian selatan kaki bukit Himalaya, barat laut India. Ia juga dikenali sebagai pokok drumstick. Pokok merunggai mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya. Lengai muda dan daun pokok ini digunakan sebagai sayuran dan digunakan dalam perubatan Herba. Berikut adalah manfaat pokok merunggai:
  1. Dapat mengurangkan berat badan
  2. Memelihara otak dan mata
  3. Membantu sistem pencernaan
  4. Meningkatkan fungsi perkumuhan
  5. Menyihatkan rambut


     



7) Bawang Dayak

Bawang Dayak berasal dari kalimantan dan banyak digunakan oleh suku kaum Dayak. Masyarakat tersebut mempercayai bahawa bawang dayak dapat mengubati banyak penyakit berbahaya seperti:
  1. Mengubati Diabetis
  2. Menurunkan Kadar Kolestrol
  3. Mencegah Penyakit Jantung
  4. Menurunkan Risiko Kanser
  5. Mengawal tekanan Darah
  6. Sebagai Anti Bakteria

   


8) Pokok Neem / Pokok Semambu

Pokok Neem atau Pokok Semambu adalah tumbuhan pokok hijau berdaun lebat dengan mempunyai banyak cabang dan daun yang merimbun. Pokok ini dianggap sebagai pembersih udara dan mencegah dari penyait demam Malaria dan Kolera. Selain itu, khasiat pokok ini adalah sebagai:
  1. Mengubati luka dan ruam
  2. Membersihkan jerawat dan pigmentasi
  3. Mengatasi Kulit kering
  4. Menjadikan kulit bercahaya
  5. Melambatkan tanda penuaan kulit.
  6. Mengubati infeksi kulit




Tiada ulasan:

Catat Ulasan