Khas untuk mereka yang minat nak tanam Sayur Pak Choy
Salam,
Di sini saya ingin kongsikan macam mana cara saya menanam sayur Pak Choy dan cara penjagaannya supaya pokok sentiasa berada dalam keadaan sihat dan subur.
Sebenarnya untuk menanam sayur-sayuran ini bukannya susah sangat. Apa yang penting kita kena tahu jenis-jenis tanah yang sesuai untuk digunakan dari mula penyemaian benih hinggalah sayur boleh dipetik.
Di bawah saya ringkaskan cara-cara penyemaian dan penjagaan sayur Pak Choy yang telah saya semai selama sebulan yang lepas. Benih sayur ini saya beli jenama keluaran Trio. Bagi mereka yang baru ingin tanam sayur ini bolehlah maklumat ini menjadi rujukan.
- Penyemaian - Semai biji benih menggunakan media seperti peat moss. Benih biasanya mula bercambah dalam masa 3-5 hari.
- Pengalihan - Apabila anak pokok sudah mengeluarkan 4 hingga 5 helai daun (sekitar hari ke-20), alihkan ia ke dalam pasu sebenar atau batas pada waktu lewat petang agar pokok tidak terkejut dengan cuaca panas. Saya tanam dalam batas sebap senang nak jaga.
- Penjagaan - Siram 2 kali sehari (pagi dan petang) dan pastikan ia mendapat cahaya matahari terus selama 4 hingga 6 jam sehari. Anda boleh memberikan baja organik atau baja AB secara berkala.
- Penuaian - Sayur pak choy sudah matang dan sedia untuk dituai seawal 30 hingga 40 hari sahaja selepas disemai.
Sekiranya anda ingin sayur dituai beberapa kali, petuanya: anda boleh memotong sayur Pak Choy dengan cara meninggalkan sedikit tunggulnya di bahagian bawah, kerana ia boleh tumbuh semula. Jadi anda tidak perlu semai benih yang baru.
Tidak rugi jika kita Tanam sendiri kerana selain dapat menjimatkan duit dapur, kita juga dijamin mendapat bekalan sayur yang lebih segar, bersih dan bebas daripada racun perosak kimia,
Video di bawah adalah sayur Pak choy yang ditanam di AnjelFarmGarden. Selamat menonton dan sila ikuti kami di AnjelChannel @ YouTube
Ulasan
Catat Ulasan