Syukur, banyak perubahan telah dilakukan ke atas Anjel Farm Kuching dari tahun 2018 ke tahun 2019. Berkat kesabaran dan kesungguhan dalam dunia perkebunan, akhirnya membuahkan hasil terutamanya pada tanaman pokok cili. Walaupun jumlah hanya 120 pokok tahun 2019, namun hasil yang diperolehi amat memuaskan dan ianya di luar jangkaan. Pelanggan pun semakin bertambah.
Bila difikir balik, banyak cabaran dan rintangan telah dilalui sejak tahun tahun 2018, bermula daripada tiada pengalaman dan pengetahuan tentang hal-hal perkebunan, akhirnya banyak ilmu telah dipelajari sepanjang mengusahakan kebun kecil ini.
Antara cabaran dan rintangan yang telah dihadapi ialah: Apabila tanaman diserang penyakit dan kita perlu memikiran cara untuk selesaikannya. Begitu juga apabila musim hujan/ribut datang melanda, sesetengah pokok cili terutamanaya akan tumbang disebabkan oleh sokongan pada pokok tidak kuat. Anjel Farm Kuching juga tidak mempunyai peralatan automatik, semua dikendalikan secara manual dan keadaan ini amat memenatkan dari segi fizikal untuk sistem pembajaan dan air. Walaupun banyak cabaran dan rintangan datang melanda, sikap sabar dan tidak mudah berputus asa perlu teguh dalam diri sendiri.
Oleh itu, diharapkan pada tahun depan (2020) Anjel Farm Kuching dapat beralih ke tahap/ teknologi yang lebih tinggi bagi memudahkan lagi aktiviti perkebunan. Sekian.