Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sayur

Video Kacang Panjang Renek

Imej
Ramai yang tanya macam mana nak tanam Kacang Panjang Renek? Senang je hanya tanam dalam polibeg sudah cukup. Tidak perlu kawasan yang besar. Cuma kalau boleh letakkan polibeg tersebut tinggi sedikit kerana apabila kacang panjang tersebut sudah membesar, ia tak akan jatuh ke tanah. Lihat video di bawah.

Sayur Bunga Pagoda Cauliflower

Imej
🌈🌈❤❤ Adakah anda mengenali Sayur Bunga Pagoda? Saya pasti ramai diantara kita tidak pernah menjumpai Sayur pagoda ini bahkan tidak tahupun kewujudan sayur ini. Begitu juga saya kerana hari ini adalah pertama kali saya mengenali dan membeli sayur Pagoda Cauliflower di supermarket. Bentuknya yang unik seperti menara spiral berlapis-lapis seperti pagoda, dengan corak geometri semua jadi menjadi tarikan dan nampu menawan hati kita untuk membeli bagi merasa sayur tersebut walaupun  harga nya mahal iaitu RM12.00 sekilo. Menurut makcik yang saya jumpa di supermarket hari ini, Sayur Pagoda ini boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti:  Tumis Bawang Putih Masak Lemak Goreng Rangup Masakan suo Stir Fry Cina Style. Di bawah ditunjukkan rupa bentuk Sayur pagoda tersebut.  Kepada mereka yang baru tahu sayur ini bolehlah mencuba. ❤❤🅟🅐🅖🅞🅓🅐

Mari kenali jenis-jenis Bawang

Imej
Bercakap mengenai bawang, ramai diantara kita pasti merasa keliru untuk memilih jenis bawang yang sesuai dalam menu masakan. Tambahan lagi, di pasaraya kini terdapat pelbagai jenis bawang yang dijual dan semestinya kita terfikir apakah kegunaan bawang tersebut.  Memandangkan bawang adalah satu bahan masakan yang paling utama dalam memberi kesedapan dan aroma sesuatu hidangan, sekurang-kurangnya kita perlu tahu apakah perbezaan setiap jenis bawang dan kegunaannya dalam masakan. Berikut adalah jenis-jenis bawang dan kegunaannya dalam masakan: (1) Bawang Manis (Sweet Onion) (2) Bawang Merah Besar (Red Onion) Bawang manis ini lembut dan manis. sesuai untuk masakan bergoreng seperti ‘onion rings’ atau dibakar bersama sayuran. Sesuai juga direbus atau untuk tumisan. Tidak tahan lama dan perlu digunakan dengan kadar segera. Bawang merah berkulit cerah berwarna ungu kemerahan Banyak digunak...

Kali pertama tanam Sayur Pokok Asparagus

Imej
🏡🏡🌈🌈💌💌 Sepanjang berkebun tidak pernah terlintas di fikiran untuk menanam sayur pokok Asparagus. Apatah lagi sebagai menu makanan seharian. Setahu saya Asparagus ini dijual dengan harga yang mahal dan untuk tanam dari benih pula agak sukar untuk tumbuh. Tambahan pula, pokok Asparagus ini berasal dari negara Eropah dan cara pertumbuhannya pula berbeza dengan negara Asia. Pada bulan september yang lepas tergerak dalam hati ini ingin mencuba untuk menanam Asparagus dari biji benih. Ini kerana, selepas saya terbaca artikel mengenai Sayur Asparagus yang memiliki banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita, saya merasa teruja untuk mempunyai pokok Asparagus sendiri di laman rumah saya. Selain itu juga, Pokok Asparagus juga dapat dijadikan sebagai pokok perhiasan yang menarik kerana ia sangat lembut bila disentuh.  Saya membeli biji benih Asparagus Jenama Trio dan disemai di beberapa buah polibeg dengan menggunakan media tanah campuran organik sahaja yang ada dijual di kedai kedai bung...

Kacang Panjang Renek lagi!

Imej
🌈🌈🏡🏡💌💌 Pagi ini cuaca sangat cerah dan menceriakan hari ku di awal pagi. Haraplah cerah sampai ke petang, tetapi nanti pasti akan tiba-tiba hujan. Itulah kehidupan, apa-apa pun boleh terjadi. Apa yang pasti kita kena hadapi apa sahaja rintangan yang mendatang dan tugasan seharian juga perlu dijalankan seperti biasa. "Kena Bersemangat Setiap Masa" 💪💪 Pagi ini saya menjenguk sekejap ke kebun AnjelFarmGarden. Dari semalam lagi ingin meronda-ronda melihat semua sayur yang telah ditanam, tetapi semalam agak sibuk dan cuaca pula yang tidak menginzinkan. Saya masih teringat lagi bulan lepas, saya ada menyemai biji benih Kacang Panjang Renek atas permintaan kawan-kawan untuk dapatkan anak pokok. Syukur 5 anak pokok kacang panjang renek telah dijual dan selebihnya untuk AnjelFarmGarden.  Jadi hari ini saya ingin tunjukkan keadaan Pokok Kacang Renek tersebut. Tada...Lihatlah hasilnya...Selepas sebulan..Semoga dapat memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mencuba tanam pokok ...

JOM KENALI JENIS SAWI DAN KEGUNAANNYA

Imej
Sayur sawi sering digunakan dalam pelbagai masakan seperti tumisan, sup, dan meehoon. Tetapi kadang kala kita keliru untuk memilih mana satu sayur sawi yang sesuai dan sepadan dengan menu masakan tersebut. Untuk mereka yang baru mengenal sayur sawi, di bawah disertakan jenis dan kegunaaan sayur sawi tersebut. Sayur Sawi terbahagi kepada 5 jenis iaitu Sawi Hijau, Sawi Jepun ( Pak Choy ), Sawi Putih, Sawi Bunga dan Sawi Pahit ( Kai Choy ) Setiap jenis Sawi ini pula mempunyai kegunaannya iaitu: Sawi Putih: Sawi putih boleh digunakan dalam pelbagai masakan terutamanya masakan tumis dan masak lemak dan juga sebagai bahan utama dalam kimchi. Ia sesuai untuk hidangan ringkas seperti sawi putih tumis bawang putih atau tumis kicap, mahupun hidangan yang lebih kompleks seperti masakan korea. Sawi Hijau: Sawi Hujau boleh digunakan dalam pelbagai masakan seperti ditumis bersama bawang putih dan cili, ditambah ke dalam mee, bihun atau kuew tiaw serta boleh juga dicampurkan dalam hidangan sayu...

TUAI SAYUR SAWI HIJAU @ anjelfarmgarden

Imej
Syukur hari ini cuaca mendung tidak panas seperti kebiasaannya. Jadi kerja-kerja di kebun hari ini adalah memetik hasil tanaman Sayur Sawi Hijau yang ditanam sendiri berusia dalam lingkungan 28hari - 30hari.  Walaupun tidak banyak, tetapi dapatlah dibuat sayur untuk beberapa hari ini nanti. Hasil pun sihat dan subur semuanya. Kepada mereka yang baru hendak mencuba bercucuk tanam, sayur sawi adalah pilihan yang terbaik kerana mudah dan senang untuk dijaga. Lagipun tidak bosan untuk dimakan hari-hari kerana boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Tambahan pula bila ditanam sendiri, kita rasa lebih yakin dari segi penggunaan bahan kimia dan juga baja. Kita pun tidak perlu beli lagi sayur di kedai. Dapat juga menjimatkan duit dapur.

Khasiat Sayur Bayam

Imej
Saya pasti semua kita menggemari makan sayur bayam. Sayur bayam ini terdiri daripada dua jenis iaitu bayam hijau dan bayam unggu.  Sayur bayam adalah sayuran berwarna hijau yang memberikan pelbagai manfaat pada kesihatan tubuh badan kita seperti pada kulit, rambut dan kesihatan tulang. Selain itu, bayam juga mempunyai kelebihan dari segi mineral dan vitamin. Kebaikan sayur bayam adalah seperti di bawah. Menjaga kesihatan mata Mengurangkan risiko kanser Mengurangkan risiko diabetis Pengurangan berat badan Meningkatkan kesihatan jantung Baik untuk kulit Baik untuk sistem penghadaman     Sumber Antioksidan yang kuat. Baik muntuk kesihatan mental Baik untuk rambut. Menurunkan Tekanan Darah. Dapat mengurangkan Penyakit Asthma Melawan oksidatif stress.

Hasil tuaian sayur-sayuran (Terung, Ketumbar, Kucai & Tomato)

Imej
Salam, Syukur hari ini dapat hasil tuaian dari AnjelFarmGarden iaitu terung bulat, daun ketumbar, kucai dan tomato. Dengan adanya bahan-bahan ini, hari ini saya akan membuat masakan kari Ayam.  Begitulah tuan/puan memang tidak rugi jika kita menaman sendiri sayur-sayuran kerana ia bukan sahaja bebas daripada racun kimia tetapi dapat menjimatkan duit perbelanjaan dapur. Nak memasak dalam kadar yang banyak pun tiada masalah. 

Tomato Bujur

Imej
Salam,  Saya pasti tentu ramai diantara kita jarang nampak tomato berbentuk bujur. Biasanya di pasar tani kebanyakannya tomato jenis bulat yang dijual.  Kali ini di Anjel Farm Garden, saya telah memilih untuk mencuba menaman tomato berbentuk bujur pula. Syukur, akhirnya selepas 3 bulan buah tomato bujur ini dapat dituai hasilnya.  Apa yang dapat saya simpulkan mengenai tomato bujur ini ialah cara menanam, penjagaan baja dan kawalan serangga perosak adalah sama dengan jenis tomato bulat. Gambar di bawah adalah jenis benih Tomato Bujur yang digunakan dan perkembangannya sehingga boleh dituai. 

Tanaman Kucai Cina

Imej
Salam sejahtera para pembaca, Syukur, rezeki hari ini. Fresh  Kucai Cina dari AnjelFarmGarden . Terima kasih customer yang sentiasa  support  kami.  Hari ini ingin saya kongsikan sedikit info dan khasiat berkenaan sayur Kucai. Kebiasannya Sayur Kucai digunakan sebagai pelengkap masakan seperti Kuew Tiow Goreng, Beehon Goreng serta beberapa makanan lain. Sayur kucai adalah sejenis tanaman yang mudah dijaga. Ia boleh ditanam sama ada diatas batas ataupun di dalam pasu atau polibeg . Penamanan sayur kucai ini tidak memerlukan ruang kawasan yang besar. Ianya cukup memadai ditanam di halaman rumah sahaja. Kucai sejenis tanaman yang mempunyai jangka hayat yang panjang sehingga beberapa tahun sekiranya dijaga dengan baik dari segi pembajaan dan kawasan yang terjaga. Kucai boleh ditanam zama ada secara benih Ubi Kucai atau biji benih. Benih dari Ubi Kucai adalah yang terbaik kerana Kucai mudah dan boleh membiak dengan lebih cepat. Manakala dari biji benih kebiasannya susah ...

Thank You Customer!

Imej
Thank You Customer for your support!  SOLD OUT-🍆🌶️🌶️🌶️ Hasil daripada penangan hujan dan ribut semalam. Cili hijau dan Terung Panjang.

Khasiat Sayur Kangkung

Imej
Syukur, rezeki hari ini..Fresh kangkung from #AnjelFarmGarden Khasiat Sayur Kangkung 🔸Mengatasi Insomnia 🔸Anti toksin fan Mencegah sembelit 🔸Mengandungi zat besi 🔸Anti diabetes 🔸Anti parasite usus 🔸Meningkatkan kesihatan hati 🔸Mengelak serangsn influenza

Pokok Cili, Terung & Kucai @AnjelFarmGarden

Imej
Syukur, akhirnya selepas 3 bulan pokok buah cili, terung dan kucai semakin membesar dengan sihatnya. Harap dapat dijauhi daripada serangan penyakit ataupun serangga sehingga tiba musim menuai.  Pokok Cili Pokok Cili Pokok Cili Pokok Cili Kucai  Cili Padi Thai

Terung Panjang@AnjelFarmGarden

Imej
Syukur....akhirnya dapat juga merasa hasil daripada tanaman terung panjang ini. Biasanya terung bulat yang dituai kali ini pula terung panjang. Perasaan dalam hati rasa teruja sangat walaupun hasil tuaian tidak begitu banyak, tetapi cukuplah untuk menu makan lunch dan dinner hari ini.  #FreshFood@AnjelFarmGarden