Isnin, 27 Januari 2020

Anak Pokok Cili Sakata F1 Hybrid 508


Salam bertemu lagi.

Masih teringat lagi tak beberapa minggu yang lepas saya ada tunjukkan anak pokok cili padi Sakata F1 Hybrid 508 yang berusia 12 hari. So, pejam celik anak pokok cili tersebut telah pun berusia 4 minggu. Gambar di bawah adalah anak pokok yang telahpun saya pindahkan ke Polibeg. Kalau dikira ada 24 Polibeg kesemuanya. Haraplah kesemua anak pokok ini tumbuh dengan subur dan sihat. Bukan apa perjalanannya ke peringkat matang masih jauh lagi. So, kita kena jaga sebaik-baiknya.




Pautan Berkaitan

Khamis, 16 Januari 2020

Angin bertiup kencang,Pokok Cili Tumbang Lagi. Adoi!

Salam,

Baru semalam kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan kebun ini dilakukan. Hari ni pula tetiba sahaja hujan berserta angin turun dengan lebatnya menyebabkan banyak pokok cili yang tumbang. Haraplah dahan-dahan pokok cili tersebut tidak patah macam dulu. Kalau patah, menangislah nampaknya. Dahlah banyak anak-anak cili baru tumbuh. 

Inilah risikonya kalau tanam di Polibeg dan kita juga tidak boleh lari dari keadaan persekitaran. Tambahan pula struktur sokongan polibeg ini tak beberapa sesuai. Tetapi nak buat macam mana kan. Semua memerlukan kos untuk tambah baik. Ini dikira syukur kerana model struktur ini lebih baik daripada dahulu. Jadi, nampak gayanya lepas hujan berhenti saya kena buat balik susun atur polibeg.

TQ.



Isnin, 13 Januari 2020

Hasil Tuaian Cili Kulai, Minyak dan Padi

Syukur,

Hari ni dapat banyak hasil tuaian cili. Ada cili jenis Kulai, Cili Minyak dan Cili Padi. Antara ketiga-tiga jenis cili ini, yang paling pedas adalah cili padi dan yang tak pedas sangat ialah cili kulai dan Cili Minyak. Kebiasannya Cili padi ini digunakan untuk membuat sambal, manakala cili Kulai dan Cili Minyak untuk dibuat sayur atau sebagai perhiasan pada masakan. 

Kebiasannya saya akan gunakan cili ini untuk membuat sambal dan selebihnya saya akan jual dengan kawan-kawan. Tetapi buat masa sekarang banyak cili saya yang telah masak berbanding sebelum ini. Jadi saya tak ada pilihan, kali ini saya mencuba untuk menjual di kedai-kedai pula. Setiap pek saya jual dengan harga RM2.00. Harap-harap adalah orang membeli dan support local cili ini.
TQ. 


























Khamis, 9 Januari 2020

Semai Cili Padi Sakata F1 Hybrid 508

Salam,

Hari ini rasa teruja bila melihat anak pokok cili padi Sakata F1 Hybrid 508 yang saya semai beberapa minggu yang lepas tumbuh dengan sihat sekali. Kalau dikira, anak pokok ini baru berusia 12 hari. Benih cili ini saya beli dengan harga RM40 sepeket. Benih ini dikatakan berasal dari Indonesia dan diperbuat Di Jepun.

Saya memilih untuk mencuba menaman pokok cili ini kerana ia bukan sahaja mempunyai rasa pedas dan sesuai digunakan untuk masakan, tetapi dikatakan senang ditanam di iklim Malaysia dan mempunyai daya tahan serangan penyakit yang tinggi. Di samping itu, pokok cili ini juga mampu mengeluarkan hasil yang lebat. 

Saiz buah cili ini adalah 7.5 -8.0 cm panjang, 1.0 - 1.2cm diameter, 2.5 -3.0gram/biji berat.

Diharapkan anak pokok ini dapat membesar dengan sihat dan dapat mengeluarkan hasil yang lumayan.










Isnin, 6 Januari 2020

Pokok Cili kulai terkena Layu Bakteria

Salam dan selamat pagi.

Beginilah keadaan kebun Anjel Farm di awal permulaan tahun 2020 ini. Banyak pokok pokok cili kulai telah terkena penyakit disebabkan faktor cuaca hujan yang berterusan sejak akhir tahun lalu. 

Kalau dikira ada 9 pokok cili yang perlu dibuang bagi mengelak penyakit daripada berjangkit ke pokok yang lain. Semua pokok cili perlu dicabut dan dibuang. Manakala buah yang ada perlu dipetik dan seterusnya pokok tersebut harus dibakar atau dibuang jauh dari pokok cili yang sihat.

Semasa saya mencabut pokok cili yang berpenyakit, terdapat bintik bintik putih di bahagian akar pokok tersebut. Ini bermakna penyakit layu bakteria telah menyerang pokok cili dan menyebabkan daun berwarna kuning dan pokok kelihatan layu. Kalau nak tahu lebih lanjut,sila lihat gambar di bawah. 

















Khamis, 2 Januari 2020

SELAMAT TAHUN BARU 2020


Sedar atau tidak sedar kita sudah melangkah ke tahun baharu 2020 dan pastinya memori atau kenangan tahun-tahun sebelum ini, sama ada yang indah ataupun tidak, merupakan pengalaman mematangkan kita semua yang boleh dijadikan iktibar bagi menghadapi dugaan bakal mendatang pada tahun baharu 2020 ini. 

Anjel Farm Kuching mengharapkan semoga kehadiran tahun baharu 2020 ini akan memberi makna yang besar kepada kita semua serta memberi kita dorongan untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan yang diimpikan.