Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rosejepun

Pokok Bunga Rose Jepun

Imej
🌈🌈💮💮🌹🌹 Hari ini saya singgah sekejap di kedai bunga untuk membeli tanah organik, sambil-sambil itu mata meliar melihat banyak anak pokok bunga yang baru dihantar ke kedai untuk dijual. Ada Bunga Orkid, Bunga Marigold, Bunga Kertas dan bermacam-macam lagi. Memang rambang mata bila masuk ke kedai bunga ini kerana banyak bunga yang cantik.  Kebiasannya sebelum balik pasti ada anak pokok yang akan saya beli. Kali ini saya beli 4 pokok bunga Rose Jepun yang berlainan warna iaitu putih, kuning, oren dan purple. Anak pokok bunga rose jepun menjadi pilihan kerana: Mudah dijaga iaitu penjagaannya mudah dan mudah hidup apabila ditanam sama ada dalam bentuk biji atau keratan batang. Banyak pilihan warna kerana ditawarkan dalam pelbagai warna uang boleh dipilih mengikut citrarasa anda. Sesuai untuk hiasan bagi menyerikan kebun dan halaman rumah. Sungguhpun mudah dijaga, kita jangan terlepas pandang terhadap makhluk perosak yang akan membuatkan tanaman rosak sekelip mata terutamanya Sip...