Sabtu, 17 Oktober 2020

Maksud di sebalik Warna Bunga Mawar


Tahukah anda Bunga Mawar terdiri daripada pelbagai warna dan setiapnya mempunyai maksud yang berlainan. Tidak hairanlah apabila seseorang (terutamanya wanita) menerima bunga mawar daripada si pemberi (lelaki) ianya memberikan maksud dan makna yang tersirat. Di kebun mini saya terdapat beberapa warna pokok bunga mawar yang ditanam iaitu Merah, Kuning, Oren, Merah Jambu, Putih.  Oleh itu, di sini ingin saya kongsikan serba sedikit makna di sebalik warna bunga mawar. Selamat membaca!


1) Bunga Mawar Merah

 
Keindahan Bunga mawar merah sudah pastinya menjadi pilihan semua terutamanya bagi golongan muda mudi yang hangat bercinta. 

Bunga mawar merah ini adalah sebagai lambang rasa cinta, rasa hormat, kasih dan sayang, romantik dan juga sebagai tanda memberi pujian kepada seseorang yang dicintai. Apapun bunga mawar merah ini semestinya memberi makna dan erti yang begitu mendalam dalam diri seseorang.   


2) Bunga Mawar Merah Jambu


Bunga Merah Jambu pula memberikan maksud kegembiraan dan kesyukuran serta penghargaan terhadap seseorang. Selain itu juga membawa kekaguman, kelembutan dan simpati daripada si pengirim..


3) Bunga Mawar Kuning


Bunga Mawar Kuning memberikan maksud persahabatan, kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Selain itu juga sebagai tanda mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan dan juga sebagai ungkapanselamat kembali.


4) Bunga Mawar Oren  

Bunga Mawar Oren memberikan maksud keghairahan dan keinginan yang tulus murni. Ia sesuai untuk mereka yang masih dalam fasa berkawan. Selain itu, ianya melambangkan sifat aktif seseorang danjuga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru.


5) Bunga Mawar Putih

Bunga Mawar Putih memberikan maksud kecucian, cinta yang sejati dan kau yang satu terhadap seseorang. Selalunya warna bunga ini dijadijan sebagai bunga tema sebuah perkahwinan dan digunakan sebgai gubahan bunga pengantin untuk menggambarkan cinta yang sejati dan bahagia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan