Khamis, 13 Februari 2020

Pokok Bunga Mawar Switzealand


Salam,

Hari ini bangun pagi terus teringatkan Pokok Bunga Mawar Switzealand yang telah menunjukkan tanda-tanda berbunga semalam. So, apalagi cepat-cepat saya pergi ke kebun dan akhirnya warna PINK muncul di depan mata....Yang satu lagi tu macam Warna MERAH akan berbunga. 

Apalagi hati ini berbunga riang seperti bunga mawar itu juga. Memang Pokok bunga mawar Switzealand ini cantik. Bunganya tebal dan bila dihidu baunya harum sekali. Ada bakat juga kan saya tanam pokok bunga Mawar Switzealand ini. Haraplah lepas ini banyak lagi bunga baru akan tumbuh dan juga harap saya dapat jaga Pokok Bunga Mawar ini sebaik-baiknya. Bukan senang nak cari pokok ini. Kalau yang ada dijual pun lain-lain jenis. Tambah lagi mahal pula tu.











Artikel Berkaitan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan