Catatan

Semai Cili Padi Sakata F1 Hybrid 508

Imej
Salam, Hari ini rasa teruja bila melihat anak pokok cili padi Sakata F1 Hybrid 508 yang saya semai beberapa minggu yang lepas tumbuh dengan sihat sekali. Kalau dikira, anak pokok ini baru berusia 12 hari. Benih cili ini saya beli dengan harga RM40 sepeket. Benih ini dikatakan berasal dari Indonesia dan diperbuat Di Jepun. Saya memilih untuk mencuba menaman pokok cili ini kerana ia bukan sahaja mempunyai rasa pedas dan sesuai digunakan untuk masakan, tetapi dikatakan senang ditanam di iklim Malaysia dan mempunyai daya tahan serangan penyakit yang tinggi. Di samping itu, pokok cili ini juga mampu mengeluarkan hasil yang lebat.  Saiz buah cili ini adalah 7.5 -8.0 cm panjang, 1.0 - 1.2cm diameter, 2.5 -3.0gram/biji berat. Diharapkan anak pokok ini dapat membesar dengan sihat dan dapat mengeluarkan hasil yang lumayan.

Pokok Cili kulai terkena Layu Bakteria

Imej
Salam dan selamat pagi. Beginilah keadaan kebun Anjel Farm di awal permulaan tahun 2020 ini. Banyak pokok pokok cili kulai telah terkena penyakit disebabkan faktor cuaca hujan yang berterusan sejak akhir tahun lalu.  Kalau dikira ada 9 pokok cili yang perlu dibuang bagi mengelak penyakit daripada berjangkit ke pokok yang lain. Semua pokok cili perlu dicabut dan dibuang. Manakala buah yang ada perlu dipetik dan seterusnya pokok tersebut harus dibakar atau dibuang jauh dari pokok cili yang sihat. Semasa saya mencabut pokok cili yang berpenyakit, terdapat bintik bintik putih di bahagian akar pokok tersebut. Ini bermakna penyakit layu bakteria telah menyerang pokok cili dan menyebabkan daun berwarna kuning dan pokok kelihatan layu. Kalau nak tahu lebih lanjut,sila lihat gambar di bawah. 

SELAMAT TAHUN BARU 2020

Imej
Sedar atau tidak sedar kita sudah melangkah ke tahun baharu 2020 dan pastinya memori atau kenangan tahun-tahun sebelum ini, sama ada yang indah ataupun tidak, merupakan pengalaman mematangkan kita semua yang boleh dijadikan iktibar bagi menghadapi dugaan bakal mendatang pada tahun baharu 2020 ini.  Anjel Farm Kuching mengharapkan semoga kehadiran tahun baharu 2020 ini akan memberi makna yang besar kepada kita semua serta memberi kita dorongan untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan yang diimpikan.

JUAL BENIH CILI, TOMATO DAN SAYUR

Imej
Salam, Biji benih ada dijual di Anjel Agro Farm dengan harga yang berpatutan. Biji benih adalah berkualiti daripada keluaran Anjel Farm Kuching. Terima kasih kerana membeli.

Anak Pokok Bunga Mawar Switzealand

Imej
Salam, Hari ini hampir 4 bulan Pokok Bunga mawar Switzealand tumbuh dengan subur dan sihatnya. Seperti yang saya telah maklumkan dahulu, ada 23 batang yang saya tanam, tetapi hanya 4 batang pokok sahaja yang hidup dengan jayanya. Tak sabar pula rasanya untuk melihat pokok bunga ini berbunga.  Kalau dilihat pada gambar di bawah pokok Mawar ini cantikkan. Daunnya pula besar-besar.  Dalam fikiran ini warna apakah yang akan dihasilkan nanti? adakah warna Merah ke, Pink ke atau Kuning. Tak apalah dalam beberapa bulan kita akan tahu juga. Sabar ya wahai hati.   Pautan Berkaitan Batang Pokok Bunga Mawar Switzealand

Sayur Kailan tumbuh subur dan sihat

Imej
Adakah anda pernah nampak sayur kailan ditanam sama ada di tanah atau dalam polibeg/pasu? Jika tidak, gambar di atas merupakan salah satu sayur kailan yang ditanam di Anjel Farm Kuching.  Sebenarnya, saya tidak pernah nampak macam mana rupa sebenar pokok sayur kailan. Sehinggalah pada suatu hari, jiran sebelah rumah (makcik cina) meminta saya menjaga anak pokok sayur kailan ini disebabkan dia ke luar negeri dalam jangka masa yang lama. Dari situlah saya mendapat tahu bahawa Sayur kailan merupakan tanaman sayuran yang sangat popular di Negara Cina. Ia juga sering disebut brokoli cina.  Sayur kailan ini mempunyai daun yang tebal, berwarna hijau dan berbatang tebal. Sayur ini biasanya dimasak dengan cara direbus dengan ditambahkan sos tiram. Seluruh bahagian sayur kailan ini dapat dimakan, mulai dari batang hingga ke daun. Sayur kailan mempunyai banyak manfaat kerana mempunyai  nilai gizi yang paling tinggi seperti mineral, Vitamin B, Vitamin C, serat, kalsiu...

Peladang kesal cili Vietnam dominasi pasaran Malaysia

Imej
Nur Hasliza Mohd Salleh  - December 20, 2019 8:15 AM Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan tiada lagi pengimportan cili merah dari Vietnam sehingga hujung tahun ini. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan peladang menyuarakan rasa kesal terhadap sikap sesetengah pihak yang bertindak mengimport cili luar negara secara besar-besaran sehingga menjejaskan pendapatan petani tempatan. Ahli Jemaah Pengarah (Peladang Muda) Pertubuhan Peladang Negeri Selangor, Izzat Lesly berkata situasi ini boleh membunuh peladang cili terutamanya golongan petani muda yang semakin giat membangunkan industri pertanian di negara ini. Katanya, harga cili borong jatuh hampir setiap hari sehingga RM2.50 sekilo disebabkan berlakunya lambakan cili tempatan. “Kejadian seperti ini telah berlaku beberapa kali dan kami khuatir dan risau ia akan merosakkan pasaran cili terutama kepada peladang-peladang,” katanya ketika dihubungi FMT. Julai lalu, Timbalan Ment...