Catatan

Buah Tomato Masak dan Berpenyakit

Imej
Salam,  Hari ini menjenguk tanaman Pokok Tomato. Nampak dari jauh ada beberapa biji tomato yang telah masak. Rasa teruja kerana inilah kali pertama tanaman tomato saya menjadi. Tapi apabila saya melihat buah yang belum masak, saya dapati ada beberapa biji buah yang telah rosak di bahagian hujungnya yang mana hujung buah berwarna hitam keras. Rasa betul-betul sayang sekali bila lanya terkena penyakit. Kalau hanya 1 atau 2 biji tak apa juga kan, ini banyak pula buah yang masih muda terkena.    Oleh kerana ingin mengetahui kenapa terjadinya masalah pada buah ini, saya telah mencari maklumat berkaitan dengan penyakit ini. Maklumlah kan baru kali pertama menanam buah Tomato hasil tangan sendiri.  Saya harap dengan maklumat yang saya kongsikan ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan dan rujukan dan kepada kita semua. Penyakit:  Penyakit Reput Hujung Buah Bahagian diserang : Buah Simptom: Hujung Buah berwarna hitam keras Cara d...

Hasil Tuaian Selepas 3 Bulan

Imej
Hari ni pokok pokok tanaman d kebun mini ku sudah memasuki usia 3 bulan. Sudah tiba masanya untuk menuai hasil tanaman di kebun miniku. Syukur, walaupun hasil tak banyak tapi cukup untuk lauk pada hari ini. Tak payah nak pergi ke pasar beli lauk sayur. Cuma, kelemahannya bentuk dan saiz sayur saya ni tak seperti yang dijual di pasar. Saiz tak cukup besar dan cantik. Biasalah kan untuk permulaan berkebun ni. Tak cukup pengalaman lagi.  Namum saya berbangga sebap akhirnya dapat juga merasa hasil tanaman yang ditanam sendiri. Maklumlah, sebelum ini tak pernah pun bermain dengan tanah. Hanya bermain dengan keyboard sahaja. Hihi. Macam yang saya pernah bagitau dulu, saya menaman sayur seperti: 1) Pokok Terung Bulat 2) Kacang Bendi 3) Kacang buncis 4) Kacang Panjang Renek 5) Tomato 6) Cili besar Kat bawah ni hasil tanaman yang saya petik untuk hari ni. Ada Terung Bulat, Kacang Bendi, Kacang Buncis, Kacang Panjang Renek. 

Pokok Terung Bulat dan Kacang Panjang Renek menghasilkan Buah.

Imej
Hari ini bangun pagi terus menjenguk kebun mini belakang rumah. Rasa amat gembira sekali bila melihat tanaman hidup dengan suburnya. Daun-daun pokok terung pula nampak besar-besar dan menghasilkan buah yang banyak. Tapi belum cukup masanya lagi untuk dipetik. Tak sabar pula nak petik bila dah cukup masak nanti. Pokok kacang panjang renek pun banyak yang telah masak. Cukuplah untuk masakan lauk hari ni. Tak payah nanti nak beli sayur. Tak sangka akhirnya dapat juga merasa hasil tanaman sendiri.                    

Memindah anak pokok ke tapak

Imej
Dua minggu yang lepas, kerja-kerja memindah anak pokok ke tapak kebun mini telah dilakukan. Sebelum proses memindah dilakukan, kerja-kerja menyusun atur beg tanaman dilakukan. Jarak setiap baris perlu diukur untuk tanaman kerana pokok akan membesar dan ia memerlukan ruang yang secukupnya.  Memandangkan kebun mini saya tidak berapa luas, saya menggunakan jarak yang kecil untuk setiap ruang. Bata pula digunakan sebagai alas polibeg bagi mengelakkan beg sentiasa basah. Kerja-kerja memindah ini bukannya senang. Ianya memerlukan masa dan tenaga. Nasib baik saya mempunyai pembantu iaitu husband saya. Jadi kerja memindah ini dapat dilakukan dengan lebih cepat. Selepas 2 minggu, Tada....inilah hasilnya. Nampak kemas dan tersusun kan. Saya tidak menggunakan sistem fetigasi. Yalah saya baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia pertanian ni. Modal pun tak cukup. Untuk permulaan saya menggunakan sistem manual sahaja. Untuk baja, Saya menggunan Baja AB. Hari hari kena siram air dan baja...

Menyemai benih

Imej
Menyemai benih merupakan satu aktiviti yang penting dan perlu dibuat dengan berhati-hati.  Ini dapat memastikan pertumbuhan anak benih kekal sihat dan berprestasi tinggi apabila sedia untuk dipindah tanam nanti. Saya sebenarnya tidak mahir dalam bab menyemai benih pokok. Bagi saya anak pokok yang berusia 1 minggu itu tumbuh adalah satu keajaiban. Maklumlah mana pernah buat aktiviti semaian pun. Tambahan pula saya menyemai benih di polibeg sahaja seperti Gambar di bawah.

Membersihkan Tanah untuk Kebun Mini

Imej
Hari ini bermulalah aktiviti projek kebun mini Di belakang rumah saya. Maklumlah sudah lama tidak berjinak-jinak dalam dunia perkebunan semenjak lepasan SPM dahulu. Agak-agaknya dalam 16 tahun yang lepas. Saya masih ingat lagi pada tahun 2003, ketika itu masih Di bangku sekolah, saya selalu membantu ibu bapa saya dalam aktiviti perkebunan. Keluarga kami mengusahakan kebun koko, kebun getah dan juga sawah padi. Melalui pengalaman itulah saya mula memahami bagaimana erti penat dan payahnya dalam dunia perkebunan. Adakalanya saya terfikir juga untuk menjadi petani moden setelah mengetahui terdapat mesin-mesin yang boleh membantu dalam aktiviti perkebunan. Akan tetapi niat itu dilupakan memandangkan saya tidak sanggup berdepan dengan bahang kepanasan. Hanya mereka yang cekal dan tabah sahaja yang boleh melakukannya. Tambahan pula, ketika itu sistem fetigasi belum diperkenalkan lagi. Berbalik kepada aktiviti projek kebun mini saya, projek ini adalah untuk saya mempelajari tentang selok ...

Selamat Datang

Imej
Selamat datang kerana sudi berkunjung ke laman blog Anjel Agro Farm.  Laman ini bertujuan untuk bersama-sama berkongsi maklumat, bertukar pendapat serta memberi idea tentang dunia perkebunan. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.  Terima Kasih.