Ubat Penawar Batuk
Pokok Herba Bangun-Bangun. Kebiasannya apabila kita mengalami batuk-batuk, kita pasti akan pergi ke klinik kesihatan atau farmasi yang berdekatan untuk mendapatkan ubat. Tahukah anda zaman dahulu nenek moyang kita hanya menggunakan herba tradisional untuk merawat atau melegakan batuk iaitu dengan menggunakan pokok herba bangun-bangun. Pokok herba bangun-bangun ini terkenal dengan nama pokok ubat batuk kerana mempunyai banyak khasiat seperti: Merawat sakit kepala Meredakan Usler Merawat batuk, asma dan selesema Membantu ibu menyusu memperbanyak susu badan Melancarkan saluran pernafasan Melancarkan pembuangan air kecil Cara pengunaan pokok bangun-bangun untuk kesihatan dan masakan ialah dengan merebus daunnya untuk minum air, meramas untuk letak di dahi, atau makan segar sebagai ulam. Saya selalu menggunakan pokok herba ini dengan merebus daunnya untuk dapatkan airnya dan dicampur dengan sedikit madu. Hasilnya memang sangat berkesan. Di bawah adalah gambar dan video...