MEMORI BERKEBUN TAHUN 2018


TAHUN 2018 (Awal Tahun)

Mengimbas kembali pada awal tahun 2018, Saya mula berjinak dalam aktiviti bercucuk tanam secara manual dengan menggunakan polibeg. Ketika itu saya memang tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pertanian. Apa yang pastinya saya ingin mencuba sesuatu yang baru dan tanaman yang ditanam selamat untuk kesihatan dan yang penting dijauhi racun perosak kimia berbahaya.

Tanaman yang ditanam ketika itu adalah seperti cili merah kulai, terung bulat, kacang bendi, kacang buncis, tomato dan sayur bayam. Tanaman ini dipilih kerana semua sayur-sayuran tersebut adalah kesukaan kami sekeluarga. Kebun dijalankan secara kecil-kecilan sahaja di belakang halaman rumah kerana kebetulan ketika itu rumah yang disewa mempunyai ruang yang agak besar.

Sebelum saya memulakan projek tanam sayur-sayuran ini, saya ada mempelajari bahawa fasa penanaman adalah  melibatkan enam fasa utama iaitu:

  1. Fasa Penyediaan Medium tanaman
  2. Fasa Penyemaian Biji Benih
  3. Fasa Pindah anak benih
  4. Fasa Penjagaan dan pengurusan pembajaan dan kawalan perosak
  5. Fasa Pemungutan Hasil (Menuai)
  6. Fasa Penyelenggaraan Tanah

Sepanjang fasa penanaman sayur-sayuran secara kecil-kecilan ini, fasa yang paling kritikal dan mencabar bagi saya adalah fasa penyemaian biji benih kerana ada ketikanya benih tidak menjadi bercambah atau tumbuh meninggi dan kurus. Gambar di bawah ada ditunjukkan penyemaian biji benih yang berjaya saya lakukan setelah beberapa kali mencuba dengan berbagai-bagai teknik semaian dan bermacam jenis benih berkualiti yang saya gunakan.

Walaupun ianya mencabar dan meletihkan untuk kali pertama dalam bidang tanaman ini, namun bila sampai ke fasa pemungutan hasil, kita akan merasa gembira dengan hasil yang kita dapat. Segala penat lelah kita selama ini membuahkan hasil dan tidak sia sia. 

Kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak dalam penanaman ini, mental dan fizikal kenalah kental, kerana berkebun memerlukan kesabaran yang tinggi dan anda pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran sebelum menuai hasilnya. 

Di bawah adalah gambar dari fasa penyediaan tapak sehinggalah fasa menuai. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada mereka yang baru mula dalam bidang berkebun secara kecil-kecilan.

kebun62018


kebun2018

kebun12018

kebun22018
Biji Benih yang sudah bercambah

kebun32018
Tanaman Terung Bulat

kebun42018



kebun52018

kebun62018

kebun52018





kebun201822

kebun201822

kebun201829

kebun201828

kebun201825

kebun201823

kebun201821

kebun201822






Ulasan