Apa itu Bunga Kembang 10 pagi?

Kepada mereka yang meminati Bunga Mawar/ Rose, semestinya mengetahui apa itu bunga kembang 10pagi? Ingin tahu lebih lanjut, sila baca sampai habis.

Bunga Kembang 10 pagi adalah Bunga Rose Jepun (Japanese Rose).  Nama saintifiknya ialah Portulaca grandiflora. Ia dipanggil Bunga kembang 10 pagi kerana apabila cahaya matahari mula terik sekitar pukul 9.30pagi atau 10 pagi, ia memberi syarat kepada sel-sel bunga untuk berkembang dan pada ketika itu bunga tersebut akan kembang mekar dengan meriahnya. Pada ketika itulah anda akan merasa teruja melihat kecantikan dan keindahan bunga tersebut tambahan lagi jika bunga tersebut ditanam dengan pelbagai jenis warna bunga.

Apa yang anda perlu tahu juga adalah Pokok Bunga Rose Jepun ini akan mengucup semula selepas lewat tengah hari apabila suhu terlalu panas atau cahaya berubah kerana bagi mengelakkan kehilangan air yang banyak dan melindungi bahagian dalam bunga. 

Saya memilih untuk menanam pokok Bunga Rose Jepun ini di AnjelFarmGarden kerana beberapa perkara berikut:

1) Mempunyai pelbagai warna pilihan seperti warna putih, oren, pink, merah dan banyak lagi. Dan warna-warni tersebut mampu menyerikan dan menceriakan kawasan halaman rumah.

2) Bunga Rose Jepun ini boleh dibiakkan dengan sangat cepat dengan hanya menggunakan kaedah keratan batang. 

3) Pokok Rose Jepun tidak mudah mati walaupun dibiarkan di kawasan yang panas terik matahari. 

4) Mudah dijaga dan tidak perlu penjagaan yang rumit.

5) Boleh ditanam sama ada dalam pasu biasa, pasu gantung atau atas tanah dan tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakan tanaman.

Sekian dulu perkongsian saya mengenai Apa itu Bunga Kembang 10pagi dan kenapa saya memilih untuk menjaganya.

Video di bawah adalah Bunga Rose Jepun yang ditanam di AnjelFarmGarden. Selamat menonton.














Ulasan