MAKSUD DI SEBALIK BUNGA MAWAR/ ROSE OREN
Kadang-kala Pokok bunga Mawar/ Rose inilah yang mampu memberikan ketenangan dan damai di hati. Walaupun banyak kali tangan dilukai oleh durinya yang tajam tapi ia tetap disayangi. Jika anda mengenali seseorang yang pencinta bunga Mawar/ Rose, pastinya dia adalah seorang yang mempunyai hati yang lembut dan memahami. Mereka juga faham dan mengerti maksud di sebalik warna bunga mawar/rose tersebut. Sekiranya seseorang sama ada seorang lelaki atau perempuan pernah memberikan anda bunga mawar/rose, yakinilah bahawa dia mempunyai maksud tersirat yang anda perlu tahu. Jika, ia adalah Bunga Mawar/Rose berwarna OREN, warna oren terhasil daripada campuran warna kuning (persahabatan) dan merah (cinta) maksudnya: 1) seseorang itu mahu hubungan yang lebih serius dan romantik. 2) seseorang itu merasa tertarik, terpesona dan rasa keinginan yang kuat terhadap anda. 3) seseorang itu merasa bangga dan menghargai pencapaian anda 4) sebagai permulaan baharu dan kegembiraan dalam h...