Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2026

MEMORI BERKEBUN TAHUN 2018

Imej
TAHUN 2018 (Awal Tahun) Mengimbas kembali pada awal tahun 2018, Saya mula berjinak dalam aktiviti bercucuk tanam secara manual dengan menggunakan polibeg. Ketika itu saya memang tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pertanian. Apa yang pastinya saya ingin mencuba sesuatu yang baru dan tanaman yang ditanam selamat untuk kesihatan dan yang penting dijauhi racun perosak kimia berbahaya. Tanaman yang ditanam ketika itu adalah seperti cili merah kulai, terung bulat, kacang bendi, kacang buncis, tomato dan sayur bayam . Tanaman ini dipilih kerana semua sayur-sayuran tersebut adalah kesukaan kami sekeluarga. Kebun dijalankan secara kecil-kecilan sahaja di belakang halaman rumah kerana kebetulan ketika itu rumah yang disewa mempunyai ruang yang agak besar. Sebelum saya memulakan projek tanam sayur-sayuran ini, saya ada mempelajari bahawa f asa penanaman adalah  melibatkan enam fasa utama iaitu: Fasa Penyediaan Medium tanaman Fasa Penyemaian Biji Benih Fasa Pindah anak be...

KEAJAIBAN BULAN OKTOBER - POKOK MANGGA GAJAH MERAH SUDAH BERBUNGA

Imej
Hari ini hari ke-5 di bulan Oktober 2026. Bulan yang penuh dengan harapan. Semoga hilanglah jerebu di muka bumi kenyalang ini (sarawak) dan digantikan dengan awan biru yang kita selalu dambakan kerana bukan kita sahaja yang inginkan hari yang ceria bahkan tanaman juga memerlukan cahaya untuk tumbuh berkembang. Pagi ini saya berjalan-jalan di sekitar kebun sambil membelek-belek pokok-pokok dan tanaman yang sedia ada di kebun. Ada beberapa tanaman yang perlu dipangkas dan disusun atur tempatnya. Ada juga perlu dibuat pembajaan dan penambahan pokok baru serta membersihkan daun-daun yang berguguran.  Kali ini mata tiba-tiba tertumpu pada sepohon pokok mangga yang terletak tidak jauh dari pintu pagar belakang rumah saya. Nampak macam sesuatu terjadi pada P okok Mangga Gajah  tersebut. Ya, rupanya pokok mangga itu sudah berbunga. Syukur sekali selepas 3 tahun menunggu, akhirnya berbuah juga.  Haraplah kali ini ada yang menjadi. Anak pokok ini saya beli di kedai nursery 3 t...

OKTOBER DATANG LAGI..

Imej
Selamat datang ke bulan Oktober 2026 , tinggal 3 bulan lagi untuk kita sampai ke penghujung tahun. Semoga bulan ini membawa lebih banyak ketenangan, rezeki yang melimpah luah, kesihatan yang berpanjangan serta perkara-perkara yang baik dalam hidup kita semua.  Doakan juga semua urusan di AnjelFarmGarden berjalan dengan baik, dilimpahkan rezeki yang luas dan menjadi bulan yang luar biasa penuh dengan harapan baru dan semangat baru. Sekali lagi:  HELLO OKTOBER 2026!