JANGAN BUANG KELOPAK BUNGA MAWAR MERAH..BANYAK KEGUNAANNYA.
Ramai diantara kita tidak tahu bahawa kelopak bunga Mawar/ Rose Merah mempunyai banyak kegunaannya selain daripada sebagai mandi bunga khususnya.
Dahulu, semasa saya baru berjinak dalam mengenali bunga Mawar/ Rose Merah ini pun saya selalu membuang kelopak bunganya yang telah menjadi layu tanpa mengetahui ia mempunyai banyak kegunaannya. Sehinggalah suatu hari, ada seorang makcik sebelah rumah yang saya sewa menegur saya membuang banyak kelopak bunga rose tersebut dan makcik itulah yang menceritakan kegunaan kelopak bunga Mawar/ Rose Merah. Dan dari situlah saya baru tahu ia mempunyai banyak kegunaan dan khasiatnya.
Antara kegunaan dan khasiatnya ialah:
1) Dijadikan sebagai "Teh Herba Rose" bebas kafein dengan kelopak Mawar/ Rose Merah segar atau kering direndam dalam air panas. Dengan meminum air ini, ia dapat:
- melancarkan sistem penghadaman dan meningkatkan fungsi hati.
- meredakan kekejangan perut dan melancarkan kitaran haid bagi wanita.
- menguatkan daya tahan tubuh daripada jangkitan penyakit kerana ia kaya dengan Vitamin C dan antioksidan.
2) Dari segi Penjagaan Kulit dan Kecantikan, manfaat dari air Bunga mawar/ rose sudah dikenali sejak dahulu lagi kerana mengandungi zat yang bersifat antiradang, antiseptik, antibakteria dan antioksidan. Air bunga rose yang telah disuling dapat dijadikan:
- sebagai pelembap dan penyegar kulit yang berjerawat dan kering serti antipenuaan.
- dijadikan sebagai mandian bunga untuk memberikan kesan bauan yang wangi dan melembutkan kulit.
3) Aroma yang terdapat dalam bunga Rose juga dapat bertindak sebagai aromaterapi iaitu:
- menenangkan minda dan mengurangkan rasa stress dan kegelisahan lebih-lebih lagi jika sering ditabur di atas tilam atau dalam bekas potpouri (dijadikan sebagai pewangi bilik semulajadi jika digabungkan dengan rempah-ratus yang lain.
NOTA: Sekiranya anda ingin memakan atau merendam kelopak bunga mawar/ rose ini, anda perlu pastikan ia bebas daripada racun perosak atau bahan kimia yang berbahaya.
Begitu banyak khasiat dan manfaat daripada kelopak bunga mawar/rose ini kan. Selepas saya mengetahui khasiat dan manfaat di sebaliknya saya juga telah mempraktikkan kaedah seperti di atas dan ternyata ia terbukit berkesan terutamanya sebagai pelambap dan penyegar kulit.
Kepada mereka yang ada tanam bunga Mawar/ Rose ini bolehlah mencuba kaedah ini. Gambar di bawah adalah Kelopak Bunga Mawar/ Rose dari AnjelFarmGarden.

Ulasan
Catat Ulasan